Tuesday, May 05, 2009

Catatan Pernikahan






Assalamualaikum wrh wbt




Alhamdulilah kini telah 5 bulan ana mendirikan rumah tangga bersama akh pilihan hati :). Masih lagi berada dalam period ta'aruf yang kalau ikut buku mengambil masa sekurang2 nya 2 tahun (fuhh! hehe).. tapi iAllah ini adalah period yang paling menarik, kerana dapat mengenali hati budi, pengorbanan, semangat seorang akh yang kini menjadi pengemudi kehidupan ana dan kelak anak2 yang akan lahir (amin..), mengemudi hingga ke jannah iAllah..




dan iAllah ia lebih menarik kerana dalam period ini tidak hanya dihiasi dengan senyuman, gelak tawa tapi kadang kala juga dihiasi dengan rajuk dan air mata. hehe. tapi iAllah komunikasi yang berkesan di antara pasangan akan dapat memudahkan proses perkenalan ini.




ana tulis tajuk kat atas tuh bukanlah nak tulis pasal rumah tangga ana hehe, tapi iAllah ana akan kongsikan sikit2 kisah2 dan tips yang sempat ana kutip dari akhawat lain sebelum dan kini setelah ana berumah tangga. moga bemanfaat ;)




1. lelaki dan perempuan berbeza, apa yang kita rasa x semestinya sama dengan apa yang pasangan kita fikirkan. Jadi luahkan apa yang anda rasa kepada pasangan masing2. cari titik persamaan.




2. Hormati pasangan masing2. Hormati idea, masa, waktu rehat pasangan masing2. Dan yang paling penting hormati suami sebagai ketua keluarga. Tidak kiralah jika suami lebih muda atau sebaya atau lebih tua tetapi Allah telah meletakkan kaum lelaki kedudukan nya lebih tinggi dr wanita dalam keluarga.




3. Gembirakanlah dan bergurau sendalah dengan suami. Alhamdulillah kita kahwin atas dasar dakwah, tapi kadang2 kita ni terlalu serius sangat. huhu. sedang Rasulullah dan aishah juga berkejar-kejaran (di dalam rumah). Orang lelaki tidak kira usia nya berapa, ada sifat keanak-anakkannya. Jadi raikan sebaiknya ;). Orang perempuan pon ada sifat anak2 ;)




4. Masa bersama mungkin x sebanyak orang lain. Elakkan pertikaian (ni agenda syaitan ni) sewaktu bersama yg sangat terhad tuh. Bila berjauhan hantarlah pesanan sms/panggilan rindu dan sebagainya. iAllah kalau org yang belum berkahwin boleh bercinta bagai nak rak, nah kita yang dah ada ikatan yang halal ni, bercintalah fillah iAllah!




5. wujudkanlah biah yang baik dalam rumah tangga. Mulakan dengan ringan mulut mengucapkan terima kasih, minta maaf, kata-kata sayang. iAllah pasangan akan mengikut.




6. ingat-mengingati dalam ibadah. bila dah duduk berdua seronok bercerita kadang kala terlupa ibadah2 yg biasa dibuat. usaha sama-sama utk tingkat ibadah!




7. oh ye, isteri yang bijak akan cuba mengenali perkara yg tidak disukai suami, yang membuat suami marah maka dijauhi. So jangan lengah, lekas kenali suami!




8. dah kawen kan alhamdulillah, lebih besar pahala jika kita dapat bantu ikh/akhawat lain dalam melancarkan program dakwah, atau lebih-lebih besar lagi pahala jika dapat bantu ikh/akhawat lain mendirikan bait muslim. fastabiqul khoirat!!




akhawat jgn suka sgt merajuk dgn suami ye. huhu. x dinafikan kadang2 ia melambatkan lagi perjalanan dakwah. suami kita banyak benda nak fikir. bantulah suami dengan menjadi isteri yang memahami karier daie, memberi semangat dalam setiap perkara kebaikan, banyakkan berbincang dan berlapang dada ye.




doakan ana juga teguh melayari bahtera perkahwinan bersama suami, begitu juga akhawat semua!!


iAllah sedikit je yg ana dapat kongsi kat sini hehe


akhawat boleh tambah ;)






5 comments:

huruneen said...

comelnya kak syaf.. ^-^

Anonymous said...

salam.
entah bila la dia cari masa nk tulis kat sini.
cite rumah tangga nih!!

xpe2.kita tengok nanti, bila puan doktor ni dah keje, ye tuan2 dan puan2..ape pulak dia nak tulis...
sikit masa lagi je.huahuahua!

=].

daffodil said...

eheh x sangka la plak en.kekuatansuper sudi singgah kat blog ni.
ok2 next time akan ditapis skett =]

Azila said...

salam kak syaf comel
kenal tak ila ni..y comot2 tu..hee
best entri ni..
ilmu bt y dah+akan+belum berumah tgga..

moga kak syaf bahagia hgga akhir hayat...

Nor Hismalisa said...

salam kak syaf...setuju ngan kak apa yang tips kak syaf...dah lama tak jumpa kak syaf..