Friday, January 27, 2012

Kupinang Dikau dengan Hamdalah




Assalamualaikum wrh wbt,

musim walimah tiba lagi ;). dan semalam saya telah menerima request dari seorang ukhti, minta bercerita lagi tentang isu seputar bait muslim :)

tetapi request ini agak berbeza, tetapi nyata. ukhti yang sedang kesedihan apabila seorang demi seorang ukhti mendirikan bait muslim sedang dirinya masih menanti pinangan dari seseorang yang bergelar ikhwah :(

saya hiburkan ukhti ini dengan pengalaman-pengalaman kami yang terdahulu. saya juga antara yang kemudian sedikit berkahwin berbanding dengan ukhti2 yang seangkatan dengan saya.

pernah suatu ketika saya di dalam kereta ketika ukhti-ukhti lain sibuk membincangkan hal perancangan BM masing-masing, sedang saya belum punya calon. di luar saya amat tenang, tetapi di dalam hati hujan lebat hingga banjir saya rasa. hanya Allah yang Maha Mengetahui. bukan cemburu, tetapi hanya merasakan diri belum berpeluang merasai keseronokan yang mereka rasakan. ada juga sahabat saya yang pernah lari ke dalam toilet untuk menangis apabila yang lain sibuk membicarakan hal perancangan BM masing-masing sedang dia masih belum punya calon. you know who you are ;)

tetapi saya yakin Allah maha mendengar, maha adil. saya yakin Allah akan tunaikan hak saya sekiranya saya memenuhi hak Allah ke atas saya. saya sibukkan diri dengan tugas-tugas dakwah dan tarbiyyah, cuba mengikhlaskan hati hanya keranaNya. dan pada masa yang sama saya mengasah skil2 rumah tangga. saya suka masakkan untuk adik-adik terutamanya jika ada teguran yang ingin saya sampaikan :). perut mereka akan saya isi dulu, itu tips saya. saya khatamkan pelbagai buku berkaitan rumah tangga. saya ingat sampai sekarang dan masih suka membaca buku2 tersebut hingga kini Alhamdulillah.

dalam keadaan saya masih tiada calon ketika itu, saya bermujahadah membantu ukhti-ukhti lain ber BM, dengan membantu menjadi tukang risik dan pernah juga kami menjayakan walimah seorang ukhti ketika di melbourne dulu.

sehinggalah pada satu ketika naqeebah saya bertanyakan kepada saya apa saya belum punya calon? belum, jawab saya dengan senyuman, tetapi mata sudah mula berair. Doa, solat hajat dan solat taubat pada Allah tidak pernah putus. Hingga akhirnya tibalah saat yang saya nanti2kan, lamaran dari zauj tersayang. lamaran suci yang datang pada ketika yang tidak pernah saya jangkakan, tetapi itulah saat yang Allah tentukan terbaik buat saya dan zauj. Alhamdulillah :)

jadi ukhtiku :) ...

1. bersabarlah, moga keindahan akan kamu kecapi saat Allah mengabulkan doa mu ;)

2. berbaik sangka dengan Allah, redholah dengan ketentuan Allah seandainya sahabatmu mendahuluimu kerana saat yang terbaik telah tiba untuknya. sedangkan bagimu Allah menginginkan agar kamu mensyukuri nikmatNya yang lain, sebelum tiba jodohmu yang telah dahulu ditentukan olehNya :). Pray hard, iAllah

3. Enjoy doing dakwah sesungguh-sungguhnya as Allah tidak akan mengenepikanmu :)

4. Polish up your rumah-tangga skills, cause when the time comes, things will be easier for you, by Allah means

iAllah, I'll be praying for you :)
love fillah,
k.syaf