Salam aidilfitri buat semua, semoga Allah menerima segala amalan kamu dan saya, amin
agak lama ana menyepi dari dunia siber, agaknya ada yang tertanya2 kat mana akak ni hehe. Alhamdulillah sudah hampir 4 bulan ana bertugas di HKL, dan seperti yang dijangkakan, kesibukan bekerja ni kadang kala buat ana x sempat mengupdate diri bahkan meng-check email pon x sempat.
dan ana rasa ana nk ambil kesempatan ni utk sampaikan satu mesej penting buat akhawat semua. jika nak diikutkan ni tahun kedua ana bekerja, tahun lepas buat houseman di melben, alhamdulillah, Allah masih selamatkan ana, walau kadang2 ana rasa ana futur, masih mampu untuk bangkit.
mula2 keje kat mesia hari tuh ana eksyen siket lah, kira kalau futur tuh, dah standby siap2lah nak buat apa sebab kononnya dah ada pengalaman tahun lepas.. tapi sesungguhnya tamparan kerja di Malaysia ni lagi hebat huhu.. atau pon mungkin lebih tepat jika ana katakan, cabaran awal settling down dengan kerja :)
bila mula kerja, of course la banyak benda yang kita baru nak establish. tempat kerja baru, bos baru, rakan sekerja baru, budaya kerja yang sebelum ni kita x pernah ada exposure pon. Jadi memang komitmen yang agak besar perlu diberikan kepada kerja. dalam keadaan yang macam ni, sudah pastilah akhawat akan menghadapi kesukaran dalam mengimbangkan antara kerja dengan tarbiyyah mahupon urusan dakwah. kalau bos suruh siapkan kerja baru boleh balik, maka kadang kala terkorbanlah usrah yang selalu di sebelah malam, kalau due date projek semakin hampir maka akan terkorbanlah program2 di hujung minggu. ni belum kira lagi mak suruh balik kampung 2 minggu sekali hehe, x campur lagi panggilan balik kg sbb nenek sakitlah, kenduri potong jambul anak sedarelah, kucing masuk longkang lah.. sampai kadang2 tu x boleh nak bernafas
Jadi dalam keadaan yang macam ni akhawat akan serba salah, dan yang paling menyedihkan ada yang berundur dari tarbiyyah dan dakwah semata-mata kerana merasakan tidak dapat memberi apa-apa sumbangan lagi disebabkan pressure2 yang di atas. ana pernah bincangkan perkara ni dgn akh dan beberapa orang akhawat. dan berikut adalah beberapa kesimpulan yang kami dapat buat:
1. di awal pekerjaan, memang perlu untuk establish dahulu di tempat kerja, apatah lagi mmg perlu utk bina rapport yang baik dengan majikan. jika memang perlukan komitmen dari segi masa dan tenaga yang lebih dengan kerja, bincangkan dengan masulah masing2 dari segi tarbiyyah, bagaimana utk sesuaikan dengan jadual kerja yang padat. Alhamdulillah so far masulah yang ana pernah bertemu sangat understanding mengenai jadual kerja anak2 buah dia yang padat. mereka sendiri pernah melalui zaman itu, bahkan telah menerima kepulangan akhawat sebelum kita yang sama kesnya.
2. waqi tarbiyyah di malaysia mungkin x begitu serupa ketika kita di oversea. di oversea dulu kita xde keje lain, kalau x study, tarbiyyah. kalau x tarbiyyah, studi. so kalau x hadir ke mana2 program tarbiyyah tu memang satu kesalahan besar.. tapi di Malaysia, keadaan dia sedikit berbeza, banyak perkara yang boleh tiba-tiba muncul. kerja, keluarga dan sebagainya. Apa yang penting ialah kene consult dengan masulah, kene selalu in contact dengan masulah kita (ni pesan dari seorang ukht, jzkk ukht). Ana sendiri sangat terharu, bila ana dan seorang ukhti dr lagi, terpaksa balik awal dari katibah sbb kene keje, akhawat lain memberi kata2 semangat yg membuatkan kami rasa bersemangat utk terus bertahan huhu
3. sememangnya kadang kala kita mudah terase hati, especially bila kita dalam kesusahan akhawat takde utk bantu kita. mungkin yang ada membantu kita adalah kawan2 kita yang tak pernah kenal dakwah pon. maka mulalah kita merasa lebih jauh hati dengan dakwah dan tarbiyyah, dan rasa kurang memerlukan dakwah dan tarbiyyah. ana nak komen senario ni pon ana x pasti, ada banyak sebab kenapa sampai boleh jadi camni. mungkin kita sendiri pon x pernah sampaikan kesusahan kita tu utk minta tolong. atau mungkin juga ada silap di mana2 yang kita terlepas pandang kesusahan akhawat, iAllah kita akan sama-sama perbaiki. jadi dalam kes ni kene jelas kenapa kita ikut tarbiyyah dan buat dakwah, kesalahan dan kelemahan yang kene sama2 kita baiki. Ambil keputusan utk terus merajuk dengan akhawat, dakwah dan tarbiyyah bukan jalan penyelesaian tarbaik
4. SABAR adalah the magic keyword, kerana dengan sabar Allah akan bukakan pintu penyelesaian. tak dinafikan ana sering juga kalah dengan keadaan. Akh jugalah yang banyak beri semangat, jzkk. jika nak diikutkan, keadaan yang kita sedang hadapi ni sementara je, paling lama pon, katalah 3 tahun. tapi kebersamaan kita dengan dakwah ni sampai kita bertemu dengan Allah nnt iAllah. jadi bersabarlah ya akhawati, moga sinar matahari dan pelangi akan muncul selepas hujan lebat..
Salam lebaran dari ana
maaf zahir dan batin
Rabbana la tuzi' quluubana ba' daiz hadaitana wahablana minladun ka rahmah, inna ka antal wahhab.. amin
7 comments:
salam ketabahan dari jauh tapi dekat di hati...
bila jumpa akhwat2:
"mana k syaf?"
"tgh jihad tu.."
salamlebaran... maaf zahir batin
salam ketabahan dari jauh tapi dekat di hati...
bila jumpa akhwat2:
"mana k syaf?"
"tgh jihad tu.."
kagum dengan semangat. doakan kte same2 semangat..
salamlebaran... maaf zahir batin
=) tahniah kak syaf. semoga diberi kekuatan lagi hingga selama-lamanya. harap sy dpt kekuatan yg sama kalau bukan lebih dari itu. huhu - rina aznita
=) tahniah kak syaf. semoga diberi kekuatan lagi hingga selama-lamanya. harap sy dpt kekuatan yg sama kalau bukan lebih dari itu. huhu - rina aznita
salam...kak syaf..rindunya akak...=)..moga terus tsabat ye..doakan kami di sydney dan doakan saya juga tsabat bila pulang ke malaysia nnti...tinggal 2 bulan je lagi..
sayang fillah
jzkk nisa.. rindu pada nisa dan akhawat sek 2 huhu
jzkk rina, bile nak balik mesia?
n jzkk to fariena too, nanti dah balik Malaysia please let me know ye, bleh kite jumpe iAllah :)
kami sayang kak syaf!
truly,
Post a Comment