Thursday, December 18, 2008

We love ALLAH!



Seorang ukhti pernah bertanyakan ana.. normalkah jika kita ada perasaan ingin disayangi? iAllah ia adalah satu perasaan yang normal bahkan menepati fitrah jika seorang wanita mendambakan cinta dari seorang lelaki, dan bukan dari kaum sejenisnya ;).. tetapi Islam itu telah meletakkan syarat bahawa lelaki itu mestilah bergelar suami terlebih dahulu sebelum dia halal utk dicintai :)..

sedikit panduan ana kpd ukhti yang ana sayangi..

1. iAllah sebelum ukhti bergelar isteri ni, ukhti oleh salurkan fitrah itu kpd org2 yang sememangnya halal utk ukhti cintai ie ibu bapa, adik beradik, keluarga dan akhawat. iAllah moga tidak ada hak mencintai mereka yg tidak kita tertunaikan :)

2. persiapkan diri, kerana langkah pertama menuju tangga 2 dalam amal islami kita ialah mempersiap diri sebagai seorang individu muslim (juga dgn skill2 rumah tangga ;) ).. moga sebagai individu muslim yang jelas matlamat dan beramal akan menyumbang kepada pembentukan keluarga muslim yang lebih mantap iAllah

3. sabar kerana sabar itu indah. mengambil jalan mudah dengan menerima mana2 risikan atau pinangan dengan andaian jika yang ini ditolak nanti tiada pinangan lain atau ikhwah tidak cukup tidak akan menyelesaikan masalah. biar jelas sebab apa kita memilih seseorang sebagai pasangan hidup. terutamanya bagi seorang ukhti, kerana siapa yang dia pilih menentukan hidup bagaimana yang dia hendak lalui seterusnya. Pilihlah pasangan yang boleh bantu kita utk istiqamah di jalanNya..

4. Doa kpd Allah SWT.. manusia merancang, Allah itu lebih merancang, mohonlah pada Allah moga dikurnikan suami yang beriman dan mencintai dakwah :), kerana kita juga ingin kekal begitu hingga akhir hayat..

5. sungguh2 dalam tarbiyyah dan amal dakwah. Intansurullah ha yansurkum.. iAllah jika kamu menolong agama Allah, Allah akan menolongmu.. perihal jodoh adalah urusan Allah, qada' mubram, sama seperti ajal.. jadi yang kita boleh usahakan ialah utk laksanakan tjawab sebagai hamba Allah sebaiknya, moga dengan keikhlasan kita menunaikan tjawab kpd Allah, Allah mudah tunaikan hak kita.. Allah menepati janjiNya, tidak seperti manusia.. Allah janjikan wanita2 yang baik utk lelaki2 yang baik dan wanita2 yg keji itu pula utk lelaki2 yang keji, jadi kejarlah peluang menjadi wanita muslimah terbaik di sisi Allah agar Allah kelak mengurniakan seorang suami yang terbaik di sisi Allah utk kita juga ;) amin biiznillah..

Doa ana mengiringi ukhti ;) iAllah

1 comment:

Nurkhomsiah Mohamed Bakrim said...

shukran kak syaf atas perkongsian ni ;)