Wednesday, December 17, 2008

Kasih kita akan terus bersemi, dedikasi istimewa buat akhawati




Alhamdulillah, ptg tadi sempat bw adik2 ke brighton beach, ditemani seorg ukhti.. dalam perjalanan pulang, bermain lagu ttg saidina abu bakar ra, sahabat setia Rasulullah.. tiba2 ana teringat ttg seorang ukhti yang baru ana hubungi bbrp hari lalu.. ternyata ukhti dalam keadaan sugul, bila teman rapat kini baru saja mendirikan rumah tangga..


ana tersenyum, bila teringatkan perkara yang serupa pernah berlaku bbrp tahun yang lalu.. senario yg agak expectable di kalangan akhawat bila tiba musim walimah.. wallahu'alam Allah jugalah yang lebih memahami jiwa seorang perempuan, wanita, ukhti.. :)


wanita Allah ciptakan dari rusuk kiri nabi Adam, jika ia dikasarkan maka akan mudah patah.. maka nature org perempuan itu sendiri Allah ciptakan lembut, tidak stabil dan kadang kala unpredictable (ni ana quote dr buku kado pernikahan, hehe bukan teori ana sendiri ye).. dan org perempuan ni mengikut John Gray sukakan berukhuwwah, dan bila dia berukhuwwah, itulah support system bagi die, itulah tempat dia mengadu dan berkasih sayang.. segala malanya dikongsi bersama, hatta kisah sabun masuk dlm lubang toilet pon boleh jadi cerita huhu


jadi tidak mustahil, bila teman rapat sudah ada teman baru, seseorang ukhti itu mula merasakan kehilangan.. namun inilah hakikat yang akhawat perlu mula fikirkan dan mula bersedia utk berhadapan dengannya..


nasihat ana pada si ukhti yang ana kasihi..

1. ukhti tidak perlu rasa kehilangan, kerana teman rapat ukhti masih lagi memerlukan ukhti ;).. perkahwinan tidak bermakna tamatnya satu jalinan ukhuwwah fillah, bahkan menjadikan teman kita seorang yang lebih sempurna imannya. dan sebagai teman rapatnya, pasti kita juga mendapat tempiasnya ;).. bukankah itu lebih baik utk sahabat ukhti dan ukhti sendiri? Alhamdulillah..


2. walau ukhti kita itu telah berteman baru, namun kasih utk suami itu di satu sudut hati, kasih utk ukhti di satu sudut hati lagi ;).. dan yang menaungi kasih kepada suami dan ukhti adalah kasih kpd Allah, RasulNya dan dakwah kita, moga kasih ini yang menaut kasih di antara kita.. akhawat forever k ;)


3. jangan merasakan bahawa apabila seorg ukhti itu telah berkahwin maka dia tidak boleh diganggu (hmm sapa cipta teori ni? grrrr hehe).. tidak sama sekali, bahkan ana sendiri sebenarnya ternanti2 msg/email/panggilan telefon dr akhawat bertanyakan khabar ;).. bila kita memilih utk menikahi seorang ikhwah/akhawat, satu perkara yg kita perlu fahami ialah suami/isteri kita juga disayangi oleh orang lain. zauj ana awal2 sudah beritahu yang dia disayangi ramai orang.. iAllah ana faham kerana dia seorang daie dan mujahid.. jadi iAllah suami2 kami yang budiman juga memahami bahawa kami juga disayangi ramai orang hehe, jadi kacaulah kami anytime in any circumstances ok ;)


ana cuba utk memahami situasi ini dengan baik, ana juga pernah bergelar single dan melalui fasa yang mana akhawat2 terdekat sorang demi sorang meninggalkan alam bujang. namun iAllah, mereka menikah kerana Allah, kita juga berukhuwwah kerana Allah, jadi di situ titik pertemuan kita, di situ kita disatukan.. walau nanti mungkin masa bersama tidak sekerap dahulu namun ukhuwwah kita bukan itu menjadi kayu ukurnya, ukhuwwah kita telus fillah, jadi selagi mana kita berjihad di jalanNya selagi itu kita berukhuwwah dan berkasih sayang..


di sini ana ingin mengambil kesempatan utk mengucapkan jazakunullah hul khoiran katheera kepada semua akhawat yang ana kasihi fillah, antunna lah permata hati ana selama ini, yang menghiasi hiudp ana dgn kasih sayang, gelak tawa dan air mata ;).. moga ukhuwwah kita telus keranaNya dan moga dengan ukhuwwah ini kita sama2 melangkah ke jannah nya..


uhibbukunna fillah abadan abada



1 comment:

nbmoh8 said...

jzkk kak syaf.. wpun entry ni dah lama, tapi waktu saya membacanya sangat kena.. sedangkan sebelum walimah akhawat sudah terasa sayunya, inikan pula nak mengharungi masa tolong prepare n selepas walimah.. semoga ianya menjadi penguat kepada ukhuwah itu sendiri..