Thursday, December 18, 2008

We love ALLAH!



Seorang ukhti pernah bertanyakan ana.. normalkah jika kita ada perasaan ingin disayangi? iAllah ia adalah satu perasaan yang normal bahkan menepati fitrah jika seorang wanita mendambakan cinta dari seorang lelaki, dan bukan dari kaum sejenisnya ;).. tetapi Islam itu telah meletakkan syarat bahawa lelaki itu mestilah bergelar suami terlebih dahulu sebelum dia halal utk dicintai :)..

sedikit panduan ana kpd ukhti yang ana sayangi..

1. iAllah sebelum ukhti bergelar isteri ni, ukhti oleh salurkan fitrah itu kpd org2 yang sememangnya halal utk ukhti cintai ie ibu bapa, adik beradik, keluarga dan akhawat. iAllah moga tidak ada hak mencintai mereka yg tidak kita tertunaikan :)

2. persiapkan diri, kerana langkah pertama menuju tangga 2 dalam amal islami kita ialah mempersiap diri sebagai seorang individu muslim (juga dgn skill2 rumah tangga ;) ).. moga sebagai individu muslim yang jelas matlamat dan beramal akan menyumbang kepada pembentukan keluarga muslim yang lebih mantap iAllah

3. sabar kerana sabar itu indah. mengambil jalan mudah dengan menerima mana2 risikan atau pinangan dengan andaian jika yang ini ditolak nanti tiada pinangan lain atau ikhwah tidak cukup tidak akan menyelesaikan masalah. biar jelas sebab apa kita memilih seseorang sebagai pasangan hidup. terutamanya bagi seorang ukhti, kerana siapa yang dia pilih menentukan hidup bagaimana yang dia hendak lalui seterusnya. Pilihlah pasangan yang boleh bantu kita utk istiqamah di jalanNya..

4. Doa kpd Allah SWT.. manusia merancang, Allah itu lebih merancang, mohonlah pada Allah moga dikurnikan suami yang beriman dan mencintai dakwah :), kerana kita juga ingin kekal begitu hingga akhir hayat..

5. sungguh2 dalam tarbiyyah dan amal dakwah. Intansurullah ha yansurkum.. iAllah jika kamu menolong agama Allah, Allah akan menolongmu.. perihal jodoh adalah urusan Allah, qada' mubram, sama seperti ajal.. jadi yang kita boleh usahakan ialah utk laksanakan tjawab sebagai hamba Allah sebaiknya, moga dengan keikhlasan kita menunaikan tjawab kpd Allah, Allah mudah tunaikan hak kita.. Allah menepati janjiNya, tidak seperti manusia.. Allah janjikan wanita2 yang baik utk lelaki2 yang baik dan wanita2 yg keji itu pula utk lelaki2 yang keji, jadi kejarlah peluang menjadi wanita muslimah terbaik di sisi Allah agar Allah kelak mengurniakan seorang suami yang terbaik di sisi Allah utk kita juga ;) amin biiznillah..

Doa ana mengiringi ukhti ;) iAllah

Wednesday, December 17, 2008

Kasih kita akan terus bersemi, dedikasi istimewa buat akhawati




Alhamdulillah, ptg tadi sempat bw adik2 ke brighton beach, ditemani seorg ukhti.. dalam perjalanan pulang, bermain lagu ttg saidina abu bakar ra, sahabat setia Rasulullah.. tiba2 ana teringat ttg seorang ukhti yang baru ana hubungi bbrp hari lalu.. ternyata ukhti dalam keadaan sugul, bila teman rapat kini baru saja mendirikan rumah tangga..


ana tersenyum, bila teringatkan perkara yang serupa pernah berlaku bbrp tahun yang lalu.. senario yg agak expectable di kalangan akhawat bila tiba musim walimah.. wallahu'alam Allah jugalah yang lebih memahami jiwa seorang perempuan, wanita, ukhti.. :)


wanita Allah ciptakan dari rusuk kiri nabi Adam, jika ia dikasarkan maka akan mudah patah.. maka nature org perempuan itu sendiri Allah ciptakan lembut, tidak stabil dan kadang kala unpredictable (ni ana quote dr buku kado pernikahan, hehe bukan teori ana sendiri ye).. dan org perempuan ni mengikut John Gray sukakan berukhuwwah, dan bila dia berukhuwwah, itulah support system bagi die, itulah tempat dia mengadu dan berkasih sayang.. segala malanya dikongsi bersama, hatta kisah sabun masuk dlm lubang toilet pon boleh jadi cerita huhu


jadi tidak mustahil, bila teman rapat sudah ada teman baru, seseorang ukhti itu mula merasakan kehilangan.. namun inilah hakikat yang akhawat perlu mula fikirkan dan mula bersedia utk berhadapan dengannya..


nasihat ana pada si ukhti yang ana kasihi..

1. ukhti tidak perlu rasa kehilangan, kerana teman rapat ukhti masih lagi memerlukan ukhti ;).. perkahwinan tidak bermakna tamatnya satu jalinan ukhuwwah fillah, bahkan menjadikan teman kita seorang yang lebih sempurna imannya. dan sebagai teman rapatnya, pasti kita juga mendapat tempiasnya ;).. bukankah itu lebih baik utk sahabat ukhti dan ukhti sendiri? Alhamdulillah..


2. walau ukhti kita itu telah berteman baru, namun kasih utk suami itu di satu sudut hati, kasih utk ukhti di satu sudut hati lagi ;).. dan yang menaungi kasih kepada suami dan ukhti adalah kasih kpd Allah, RasulNya dan dakwah kita, moga kasih ini yang menaut kasih di antara kita.. akhawat forever k ;)


3. jangan merasakan bahawa apabila seorg ukhti itu telah berkahwin maka dia tidak boleh diganggu (hmm sapa cipta teori ni? grrrr hehe).. tidak sama sekali, bahkan ana sendiri sebenarnya ternanti2 msg/email/panggilan telefon dr akhawat bertanyakan khabar ;).. bila kita memilih utk menikahi seorang ikhwah/akhawat, satu perkara yg kita perlu fahami ialah suami/isteri kita juga disayangi oleh orang lain. zauj ana awal2 sudah beritahu yang dia disayangi ramai orang.. iAllah ana faham kerana dia seorang daie dan mujahid.. jadi iAllah suami2 kami yang budiman juga memahami bahawa kami juga disayangi ramai orang hehe, jadi kacaulah kami anytime in any circumstances ok ;)


ana cuba utk memahami situasi ini dengan baik, ana juga pernah bergelar single dan melalui fasa yang mana akhawat2 terdekat sorang demi sorang meninggalkan alam bujang. namun iAllah, mereka menikah kerana Allah, kita juga berukhuwwah kerana Allah, jadi di situ titik pertemuan kita, di situ kita disatukan.. walau nanti mungkin masa bersama tidak sekerap dahulu namun ukhuwwah kita bukan itu menjadi kayu ukurnya, ukhuwwah kita telus fillah, jadi selagi mana kita berjihad di jalanNya selagi itu kita berukhuwwah dan berkasih sayang..


di sini ana ingin mengambil kesempatan utk mengucapkan jazakunullah hul khoiran katheera kepada semua akhawat yang ana kasihi fillah, antunna lah permata hati ana selama ini, yang menghiasi hiudp ana dgn kasih sayang, gelak tawa dan air mata ;).. moga ukhuwwah kita telus keranaNya dan moga dengan ukhuwwah ini kita sama2 melangkah ke jannah nya..


uhibbukunna fillah abadan abada



Sunday, December 14, 2008

An Nisa:21 ~Bermula satu lagi episode kembara menuju cinta Ilahi, berdua kini ;)~

















Alhamdulillah wa syukurillah, segala puji bagi Allah maka dengan izinNya selepas Asar 28 Nov 2008, maka zauj, Mohd Nur Hakim b Bahaman dan ana telah selamat diijab kabulkan.

Dengan ini kami ingin memberi setinggi penghargaan kpd kedua ibu bapa kami, Ayahanda Hashim Abd Ghani dan Bonda Puziah Abd Manaf, Ayahanda Hj Bahaman b Harun dan Bonda Hjh Haida bt Ayob atas segala susah payah dan pengorbanan memelihara dan mendidik kami sedari kecil sehinggalah kpd mempersiapkan kami utk walimah. Juga buat angah, asri dan aiman, buat kak lang di Fukuoka yg xdapat bersama dan seisi keluarga. Juga buat Aja, kak lang, kak cik dan adik juga seisi keluarga.

Mohon doakan BaIT mUSLIM ini diberkati ALlah SWT..

Tunggu Teduh Dulu..
Kado pernikahan buat Istriku..
Catatan Pernikahan..

Hadiah dr zauj ;) alhamdulillah kami berkongsi minat yang sama, membaca menulis. Tapi yang pastinya ana tidak sehebat zauj, tulisan masih kering bunyinya huhu. kira2 perlu menuntut dari zauj:). Yang pasti bukan sekadar minat yang mempertaut cinta di antara kami, tapi masing2 berusaha menjadikan kecintaan kpd Allah asas kpd cinta kpd masing2. Doakanlah ye!