Friday, August 15, 2008

Zahratul Hamra' buat bakal Ibu :)

Buat Ukhti habibati,

Sekuntum Zahratul Hamra’ buat ukhti, moga ukhti sentiasa berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah, yang memberi kemudahan kepada siapa yang dikehendakiNya dan memberi ujian kepada siapa yang jiwanya qawwi untuk menanggungnya. Moga Zahratul Hamra’ ini jadi penawar buat ukhti.. di kala ukhti letih, di kala ukhti rasa susah, di kala ukhti tidak sihat dan tidak lalu makan, renunglah Zahratul Hamra’ ini.. moga ia mengingatkan ukhti kepada kekuatan bunga2 Islam yang Allah telah janjikan syurga buat mereka..

moga Allah kurniakan ukhti ketabahan Maryam ibu Isa AS, di kala Maryam mengandungkan nabi Allah itu, dia berhadapan dengan fitnah keluarga dan orang ramai yang mempersoalkan kesuciannya, terpaksa beliau melarikan diri dan akhirnya keseorangan melahirkan Isa AS.. namun Allah tidak mensia2kan hambaNya yang merasakan Ma’iyatullah sepanjang masa, Allah wahyukan agar Maryam menggoncang pohon kurma, lalu Allah mudahkan kelahiran nabi Allah itu dari rahim Maryam..

moga Allah kurniakan ukhti kekuatan jiwa Hajar yang tunduk pada wahyu Allah yang mengkehendaki Ibrahim AS meninggalkannya bersama putera tercinta, Ismail AS. Hanya jiwa yang kental itu dapat mempertahankan si putera dari kehausan dan dari jiwa yang kental itulah lahirnya seorang nabi yang mempertahankan akidah membawa rahmat kepada manusia di kala itu..

moga Allah kurniakan ukhti kemuliaan Khadijah RA, yang mengurniakan Rasulullah SAW zuriat.. yang menjadi penyeri hidup, pendokong kuat dakwah Rasulullah SAW, sehinggakan kehilangan saidatina sangat dirasai Rasulullah SAW, dan darinya lahir puteri Fatimah RA yang amat mulia pekerti dan pengorbanannya pada agama Allah dan suami..

Moga Zahratul Hamra’ ini juga menjadi penenang hati ukhti, renunglah keindahannya, moga ia mengingatkan ukhti kepada keindahan syurga yang lebih indah, moga ganjaran syurga Allah menjadi penguat hati ukhti, walau letih, walau mual, walau sedih, walau sakit, Allah bakal ganjari keikhlasan kita mengandungkan mujahid dakwah dengan syurgaNya.. sekiranya seorang Ummi itu syahid ketika melahirkan Allah janjikannya syurga, apatah lagi seorang Ummi yang mengandungkan, melahirkan seterusnya membesarkan anak itu dan akhirnya mewakafkan anak itu ke jalan Allah, pasti syurga Allah itu lebih hampir dengannya.. moga Allah mudahkan hari-hari ukhti yang bakal mendatang, senyum selalu :)

Inni uhibbuki fillah

No comments: