Duhai Isteri Para Duat
Ukhti habibati
Moga senantisa berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah, moga redho zauj mengiringi kembalinya ukhti ke medan dakwah ini. Ana doakan moga ukhti cekal hati, moga perpisahan sementara yang Allah tentukan ini menjadi saham ukhti dan zauj menjejak syurga Allah nanti kerana ia merupakan jual beli ukhti dan zauj dengan Allah, yang mana dakwahlah yang menjadi kayu ukurnya, Allahuakbar moga ana juga dapat menjejaki langkah2 ukhti..
Doa ana moga Allah mengurniakan kesabaran dan ketabahan seperti tabahnya Hajar, tika Allah menentukan Ibrahim AS meninggalkan Hajar dan Ismail di bumi Mekah yang gersang, tanpa air, tanpa makanan, tanpa manusia, hanya Allah. Tika itu hanya pada Allah diletakkan segala pengharapan, perlindungan dan keselamatan, penerusan hayat mahupon segala-galanya. Tarbiyyah itu menguatkan jiwa seorang isteri dan ibu, kerana dari diri itu menjadi asbab timbulnya sinar akidah Allah di bumi gersang itu, dari Ismail AS seterusnya dari keturunan itu lahirnya Muhammad SAW, rasulullah kekasih hati kita. Jiwa Hajar kental, imannya dibasahi kasih sayang Allah dan suami kerana ketaatannya pada Allah.. tempatnya di syurga juga Allah beri atas ketaatannya pada Allah dan suami, walau tidak dapat bersama suami yang tercintanya selalu..
Moga ukhti setaat Hajar, taat pada Allah, rasulNya dan suami, kerana dengan itu kita bakal mengikut jejak langkah Hajar ke syurga. Moga kita saling menguatkan di kala ukhti sedih dan rindu, mohon ukhti di sisi ana juga sekiranya Allah memberi ketentuan yang sama pada ana
Inni uhibbuki fillah
Friday, August 15, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment