Tgh carik2 esei dalam komputer terjumpa pulak cerpen lama hehe..
Aku bergegas ke dapur, ku kira telah agak lewat untuk menyediakan bekalku hari ini. Tapi tak mengapa, inshaAllah skill ku untuk memasak dgn pantas akan berjaya memintas masa. Alhamdulillah, skill kurniaan Allah pada kaum Hawa, fikirku sambil tersenyum. Tangan ku pantas memotong bawang, sedikit lobak n broccoli. Dua peket perencah nasi goreng Adabi sempat ku gapai dari dalam almari tadi, bekalan ibu dari Malaysia. Setelah minyak di kuali cukup panas, ku tumis segalanya, semerbak harum bau yg menusuk hidungku. Alhamdulillah, satu lagi nikmat hidu kurniaan Allah. Mana tidaknya, waktu selsema mana mungkin menikmati nikmat ini, ku tersenyum seorang diri lagi. Siap, Alhamdulillah..
* * *
“Assalamulaikum Sumayyah,”
“Waalaikumsalam wrh wbt, kak Salbiah ye?”
“Iye, akak ni, Sumayyah free tak petang ni?”
“Free inshaAllah, kenapa kak?”
“Nak teman akak ke lake tak petang ni? Akak ada roti yang dah expired ni, boleh kita beri makan itik,”
“Ok je, inshaAllah, jumpa nanti ye,”
“Ok inshaAllah lepas asar ye, Wassalamualaikum wrh wbt,”
* * *
Kami beriringan menyusuri jogging track menuju ke arah tepi kolam. Gurau tawa kami kukira bergema memeranjatkan itik-itik yang barangkali sedang khusyuk berzikir mengingati Allah SWT. Kehadiran kami nyata disedari ciptaan Allah dari spesies burung tersebut. Pelbagai gaya acrobatic yang dipamerkan, semuanya bergegas terbang n berenang ke arah kami, kerna yakin rezeki Allah pada mereka Allah salurkan melalui kami. Sekali lagi kami riuh memerhati telatah mereka yang bisa menghiburkan hati sesiapa yang gundah gulana. Kepingan roti itu kami siat-siat menjadi kepingan kecil. Dengan kudrat yang ada, kami melemparnya ke tengah kolam, itik-itik pantas menyudu dengan paruhnya, tidak kira yang kecil mahupon yang besar. Kami memerhati yang kurang mendapat peluang lalu kami alihkan perhatian yang lain agar yg agak ketinggalan peluang menyudu dapat merasa sesisip rezeki.
“Comelkan itik-itik ni,” kataku sambil melemparkan pandangan ke seberang sana, berkira-kira jika ada akhawat lain yang keluar menghirup angin petang juga. “Aah, comel sangat, akak ni fikir apa tuh,” Sumayyah menyiku ku. “ Eh, tak ada apa-apa lah, akak cuma nak tengok-tengok kalau ada kawan-kawan kita yang jalan-jalan juga,” Kami berbalas senyuman, dan terus memerhati ke arah itik-itik yang telah mula beransur berenang ke arah tengah kolam. Barangkali ingin meneruskan zikrullahnya setelah mendapat sedikit rezeki, tanda syukur pada yang Maha Esa.
“Sumayyah, jom kita duduk di sana,” ku tuding jariku ke arah bangku yang kumaksudkan. “Jom,” Sumayyah menyambut tanganku. Kami duduk seraya berpeluk tubuh kerana angin sepoi-sepoi bahasa di petang musim sejuk ini terasa amat dingin. Ku perhatikan Sumayyah seketika, teringat saat awal pertemuan kami, tika Sumayyah bergelar pelajar baru, freshie di universiti kami, manakala aku pula dalam tahun empat pengajianku. Sumayyah antara pelajar yang cerdik dan berani. Diskusi kami di surau seringkali mendapat perhatiannya. Buah fikiran nya dalam menilai isu yang melanda umat Islam masa kini amat matang. Jauh di sudut hati, ku lihat sinar baru, Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang mengatur pertemuan ini.
“Sumayyah apa khabar?” soalan biasa yang ku gunakan untuk memulakan perbualan, kekeringan modal ku kira. Dalam hatiku berdoa, malah telah dua tiga hari ku berdoa moga Allah memudahkan lidahku untuk menyusun kata-kata.
“Alhamdulillah, Sumayyah sihat-sihat saja, kak Salbiah pula macam mana? Sumayyah tengok akak sibuk aje minggu ni, banyak assignment ye?” tanya Sumayyah sambil mengerutkan dahinya. Mungkin concern dengan keadaan ku yang agak kalut minggu ini. Aku tertawa kerana tak ku sangka ada insan yang memerhati kekalutan ku. “Oh, memang ye, akak ade assignment yang kene submit semalam, so memang akak agak kalam kabut juga minggu lepas, tapi Alhamdulillah, semuanya dah selesai,” jawab ku sambil merangkul bahu Sumayyah, tanda ku hargai kepekaannya.
“Akak ada apa-apa perkara nak beritahu Sumayyah ke,” teka Sumayyah. Hatiku berdegup kencang, tidak tahu dari mana hendak ku mulakan.
“Ade..” aku terdiam seketika lagi. “Ya Allah, bantulah aku..”nurani ku berbisik mengharap pertolongan Ilahi yg ku yakini amat dekat denganku.
“Sumayyah ada hendak ke mana-mana hujung minggu ni?” akhirnya terlonjak juga butir-butir perkataan itu dari mulutku.
“Erm, Sumayyah ingat nak practice squash, dah lama betul Sumayyah tak main squash, dulu Sumayyah aktif juga kak, Sumayyah main sampai ke peringkat negeri,” ujar Sumayyah bersungguh.
“Oh iyer.. hebat juga Sumayyah ye,” pujiku ikhlas sambil tersenyum, tapi tidak lama senyumanku pudar. Masih ada perkara yang lebih penting perlu ku sampaikan.
“Sumayyah, sebenarnya, akak ada perkara nak dibincangkan dengan Sumayyah..”
Sumayyah mengerutkan dahinya lagi.
“Tentang Squash Tournament tuh.. Sumayyah memang benar-benar ingin turut serta..?” ujar ku perlahan, cuba menyoroti anak matanya.
Sumayyah diam. Aku juga terdiam. Aku menantikan jawapan Sumayyah. Saat yang cuma beberapa ketika itu ku rasakan amat lama.
Sumayyah menghela nafas panjang..
* * *
Sudah tiga hari tidak ku lihat Sumayyah di surau. Yang lain juga turut tertanya-tanya ke mana Sumayyah. Sejak pertemuan kami tempoh hari, Sumayyah ku lihat seperti menjauhkan diri dariku. Jika bertemu di jalanan pun, ditundukkan pandangannya, dilarikan anak matanya. Hatiku serba tak kena..
“Kak Salbiah…” panggil Auni.
“Saya ada perkara nak beritahu akak ni, tentang Sumayyah kak…”
“Kenapa Auni..?”
“Saya ade berbual dgn Sumayyah hari tu. Saya nampak Sumayyah lain macam aje kebelakangan ini. Bila ditanya kenapa.. dia diam aje.. tapi saya tunggukan juga, akhirnya barulah Sumayyah mahu bercerita..” Jelas Auni panjang lebar.
“Sumayyah berkecil hati dengan akak, katanya akak tak memahami dia.. tapi saya faham akak dah laksanakan tanggungjawab akak dengan baik.. tak apalah kak, adik-adik ni masih perlu dilentur.. inshaAllah kita cuba pujuk balik Sumayyah nanti ya,”
Rupa-rupanya Sumayyah berkecil hati dengan teguranku tempoh hari, berkenaan squash tournament itu.
Hatiku bungkam. Janganlah disebabkanku, Sumayyah menjauhkan diri.. Tidak, tidak ada ruang walau untuk kehilangan seorang akhawat. Aku mula resah dan gelisah. Aku mula menyalahkan diriku.. Tidak!!! Syaitan telah mula mencucuk-cucuk titik kelemahan seorang manusia.. Syaitan itu cuba menanamkan rasa was-was dengan al-Haq yang cuba ditegakkan. Teguhlah wahai diri.. sedangkan Rasulullah dilempar dengan batu sewaktu berdakwah ke Thoif, dicaci dan dihina kaum musyrik Mekah, perjalanan nya ditaburi duri dan najis oleh seorang perempuan Yahudi.. betapa hebat tentangan yg dihadapi Rasulullah, betapa besar perjuangan Rasulullah menghadapi semua itu untuk bersaksikan kebenaran ke atas sekalian manusia.. apalah jika dibandingkan dengan dugaan yg sekelumit ini, tabahlah wahai hati..
Duhai ukhti, andai kau dapat baca apa yang tersurat di hati dan fikiranku, ketahuilah aku inginkan segala yang terbaik untuk Islam, untuk umat ini, juga untuk dirimu sendiri.. mana mungkin aku biarkan kau terjerumus ke dalam kegelapan yang pernah aku tempuh suatu masa dahulu.. tidak bisa kubiarkan kau tenggelam dalam keadaan dunia yang bercampur baur antara yang haq dan yang batil itu, kerana Allah telah mengangkat makhlukNya tinggi dengan Al Quran.. ku hidangkan satu anologi yang kuambil dari buku Pelembut Hati.. ibarat seekor kupu-kupu yang terbang di atas sebuah kolam.. alangkah girang hatinya apabila melihat bayangnya di dalam air.. semakin ia leka dengan bayang-bayangnya yang cantik itu, semakin dekat ia ke permukaan air.. lalu ia sedar bahawa keghairahannya selama ini hanyalah kepada bayang-bayangnya sendiri.. jika ia tidak cepat terbang tinggi, maka bisa saja gelombang air membasahi sayapnya jikalau ia tidak jatuh ke dalam kolam, lalu ia tidak mampu untuk terbang lagi..
“Ya Allah, selamatkanlah kami semua dari azab dan siksa nerakaMu.. dan peliharalah ukhuwwah ini..” munajatku pada Al Khaliq.
* * *
Aseef endingnye ana x tersave, tapi ana cuba wat ending sedih, akhawat boleh teka kot, sumayyah tu akhirnya jadi akhawat yang sangat mantap, ukhuwwah mereka mekar, satu hari dapat surat dari kak salbiah, bbrp hari later sumayyah dapat berita yang kak salbiah dipanggil dahulu menemui Ilahi huhu.. camtulah, kalau ana jumpa the other half of the cerpen nanti ana post ye ;)
oh ye tema cerpen ni ukhuwwah n DF, aseef kalau x terconvey sebaiknya huhu
Sunday, November 02, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
bagaikan pernah ku terdengar kisah benar ini dari mulut seorang ukhti, yang memang iya, beliau kini hebat dalam dunia dakwah. Cumanya, kakak yang menegurnya belum meninggal dunia lagi la.. mungkin hanya meninggalkan bumi Ausralia sahaja.. hehe..
Post a Comment