Friday, February 17, 2012

Anugerah


Alhamdulillah it's Friday :)

Semalam saya sempat ke Pusat Jagaan Harian Orang Tua di Kompleks Penyayang AG. saja menjenguk keadaan dan aktiviti bersama warga emas di sana, memandangkan di sebelah petang saya diminta untuk memberi ceramah berkenaan Dementia.

Penyelia di sana Puan K, dikurniakan seorang anak OKU. Diagnosis saya anak itu penghidap cerebral palsy. Saya terkenang, sejak saya berada di KK, kami mempunyai tetamu2 istimewa :). Kenapa mereka istimewa, ialah kerana mereka ini iAllah adalah merupakan ahli2 syurga :). kehadiran mereka sentiasa membawa keceriaan di klinik kami. ada saja keletah mereka yang buat kami tidak kering gusi. semestinya mereka ini akan menerima layanan kelas VIP dari saya dan staff yang lain ;). dan sudah tentulah yang paling merasa bahagia ialah kedua ibu-bapa anak-anak ini kerana anak-anak ini sentiasa menjadi sumber kebahagiaan kpd semua :)

Semoga masyarakat kita lebih matang meraikan ahli2 syurga ini, satu Anugerah dr Allah ..

No comments: