Wednesday, May 09, 2012

AR RISALAH - Demi Al Aqsa tercinta

sajak istimewa nukilan seorg ukhti/ummi bbrp tahun yg lalu :), moga jadi sumber inspirasi bagi ummi2 yang expecting..:)

 

Pagi ini ummi lihat mentari terbit lagi,
Sementara semalam berita keganasan masih terus melanda AL Aqsa
Bilakah akan berakhir... siapakah akan menjadi pembebasnya
Ummi mengusap perut yang semakin membesar
Doa kecil di dalam hati, " Ya ALlah izinkanlah kami berjihad di sana, "
Walaupon terasa amat mustahil
Namun Ummi tetap berharap

Anak Ummi... ditakdirkan akan lahir dlm suasana ini
suasana kita masih dijajah
suasana yg menyedihkan siapa yg sedar ttg realiti ummat
tetapi ini takdir Allah... anak ummi harus redha

Ummi niatkan seluruh hidup selepas ini untuknya
setiap nafas, setiap lelah, setiap keringat dalam marhalah yg baru ini
Untuk Al Aqsa yang tercinta

Mungkin mimpi lama yang mendorong perasaan ini,
perasaan yang begitu kuat
yang tidak tegar lagi melihat bangsa terlaknat itu berleluasa
walaupon terpaksa menanggung jerih pedih perjuangan ini
ummi telah bertekad

Doa Ummi di penghujung malam...
Semoga kelopak matamu yang dijangka akan mula terbuka di dalam rahimku
mulai minggu ini,
Menjadi mata yang melihat al-haq lalu bergabung dengannya
semoga keningmu yang mulai melebat menjadi berbahagia dgn bersujud
semoga bibirmu mengucapkan kebenaran, lidahmu fasih berbahasa Al Quran
semoga kaki dan tanganmu mengatur langkah seterusnya... buat ummat ini
semoga seluruh anggotamu menjadi ibadah kepada kekasih hati ummi dan abi yg hakiki..
Allah 'azzawajal

Mungkin di hari Ummi menutupkan mata buat kali yang terakhir...
mentari masih begini,
Namun Ummi berbahagia
meninggalkan sebuah ar risalah buat ummat ini
agar suatu hari nanti
ada ibu yang mengusapi kandungannya.
sambil disinari mentari pagi al aqsa
yang menjadi milik Islam yang abadi...

Semoga Allah terus memelihara...
di dalam kesejahteraan dan ketaatan.
Ameen.


Nukilan: Ummu Zaid

Friday, February 17, 2012

Anugerah


Alhamdulillah it's Friday :)

Semalam saya sempat ke Pusat Jagaan Harian Orang Tua di Kompleks Penyayang AG. saja menjenguk keadaan dan aktiviti bersama warga emas di sana, memandangkan di sebelah petang saya diminta untuk memberi ceramah berkenaan Dementia.

Penyelia di sana Puan K, dikurniakan seorang anak OKU. Diagnosis saya anak itu penghidap cerebral palsy. Saya terkenang, sejak saya berada di KK, kami mempunyai tetamu2 istimewa :). Kenapa mereka istimewa, ialah kerana mereka ini iAllah adalah merupakan ahli2 syurga :). kehadiran mereka sentiasa membawa keceriaan di klinik kami. ada saja keletah mereka yang buat kami tidak kering gusi. semestinya mereka ini akan menerima layanan kelas VIP dari saya dan staff yang lain ;). dan sudah tentulah yang paling merasa bahagia ialah kedua ibu-bapa anak-anak ini kerana anak-anak ini sentiasa menjadi sumber kebahagiaan kpd semua :)

Semoga masyarakat kita lebih matang meraikan ahli2 syurga ini, satu Anugerah dr Allah ..

Friday, January 27, 2012

Kupinang Dikau dengan Hamdalah




Assalamualaikum wrh wbt,

musim walimah tiba lagi ;). dan semalam saya telah menerima request dari seorang ukhti, minta bercerita lagi tentang isu seputar bait muslim :)

tetapi request ini agak berbeza, tetapi nyata. ukhti yang sedang kesedihan apabila seorang demi seorang ukhti mendirikan bait muslim sedang dirinya masih menanti pinangan dari seseorang yang bergelar ikhwah :(

saya hiburkan ukhti ini dengan pengalaman-pengalaman kami yang terdahulu. saya juga antara yang kemudian sedikit berkahwin berbanding dengan ukhti2 yang seangkatan dengan saya.

pernah suatu ketika saya di dalam kereta ketika ukhti-ukhti lain sibuk membincangkan hal perancangan BM masing-masing, sedang saya belum punya calon. di luar saya amat tenang, tetapi di dalam hati hujan lebat hingga banjir saya rasa. hanya Allah yang Maha Mengetahui. bukan cemburu, tetapi hanya merasakan diri belum berpeluang merasai keseronokan yang mereka rasakan. ada juga sahabat saya yang pernah lari ke dalam toilet untuk menangis apabila yang lain sibuk membicarakan hal perancangan BM masing-masing sedang dia masih belum punya calon. you know who you are ;)

tetapi saya yakin Allah maha mendengar, maha adil. saya yakin Allah akan tunaikan hak saya sekiranya saya memenuhi hak Allah ke atas saya. saya sibukkan diri dengan tugas-tugas dakwah dan tarbiyyah, cuba mengikhlaskan hati hanya keranaNya. dan pada masa yang sama saya mengasah skil2 rumah tangga. saya suka masakkan untuk adik-adik terutamanya jika ada teguran yang ingin saya sampaikan :). perut mereka akan saya isi dulu, itu tips saya. saya khatamkan pelbagai buku berkaitan rumah tangga. saya ingat sampai sekarang dan masih suka membaca buku2 tersebut hingga kini Alhamdulillah.

dalam keadaan saya masih tiada calon ketika itu, saya bermujahadah membantu ukhti-ukhti lain ber BM, dengan membantu menjadi tukang risik dan pernah juga kami menjayakan walimah seorang ukhti ketika di melbourne dulu.

sehinggalah pada satu ketika naqeebah saya bertanyakan kepada saya apa saya belum punya calon? belum, jawab saya dengan senyuman, tetapi mata sudah mula berair. Doa, solat hajat dan solat taubat pada Allah tidak pernah putus. Hingga akhirnya tibalah saat yang saya nanti2kan, lamaran dari zauj tersayang. lamaran suci yang datang pada ketika yang tidak pernah saya jangkakan, tetapi itulah saat yang Allah tentukan terbaik buat saya dan zauj. Alhamdulillah :)

jadi ukhtiku :) ...

1. bersabarlah, moga keindahan akan kamu kecapi saat Allah mengabulkan doa mu ;)

2. berbaik sangka dengan Allah, redholah dengan ketentuan Allah seandainya sahabatmu mendahuluimu kerana saat yang terbaik telah tiba untuknya. sedangkan bagimu Allah menginginkan agar kamu mensyukuri nikmatNya yang lain, sebelum tiba jodohmu yang telah dahulu ditentukan olehNya :). Pray hard, iAllah

3. Enjoy doing dakwah sesungguh-sungguhnya as Allah tidak akan mengenepikanmu :)

4. Polish up your rumah-tangga skills, cause when the time comes, things will be easier for you, by Allah means

iAllah, I'll be praying for you :)
love fillah,
k.syaf