Thursday, August 18, 2011

Ramadhan Kareem


Ramadhan datang lagi.
Alhamdulillah ini Ramadhan ketiga yang saya lalui di Malaysia sejak pulang dari Australia.
Dan Ramadhan ketiga juga yang saya lalui setelah bergelar isteri kepada suami tersayang :)

Saya masih ingat lagi ramadhan terakhir saya di Australia. Sewaktu itu saya bergelar intern di frankston hospital dan saya bekerja 7 malam berturut-turut dan akan bercuti 7 hari berikutnya. Alhamdulillah saya sempat bertarawikh kerana masuk kerja jam 10 malam. ketika itu juga saya menerima kunjungan pelajar2 dari new zealand yang ingin merasai suasana Ramadhan di Australia. ketika itu saya hanya tidur 1-2 jam sehari kerana apabila balik kerja saya akan meluangkan masa dengan mereka.

baru-baru ini saya terjumpa dengan salah seorg dari mereka di sebuah masjid di sh alam, berdekatan dengan sebuah pusat persediaan. ukht H datang ke situ untuk berjumpa dengan adik-adik beliau, dengan tujuan yang sama seperti mana saya menemui ukht H suatu ketika dahulu. tarbiyyah. cuma sekarang kami berada di bawah payung yang berbeza.

dgn cepat sms sy kirimkan pada suami. suami apa lagi, memberi arahan untuk saya mengambil peluang ini menerangkan kpd ukht H selama 5 min ttg fikrah yg kami yakini. saya pula yg terkebil2. alamak, nak start dr mana ni? takkan la pula nak bacakan teks pidato suami saya hehe. 5 minit je.

ternyata sy tidak berjaya. maka secara percuma saya mendapat tutorial dari suami di dalam kereta ;). dalam keadaan sekarang logik mesti mengatasi emosi. kerana dakwah kita bukan hanya bersandarkan emosi.

inshaAllah. moga ketemu lagi ukht H :)

1 comment:

kimkatkeblack said...

k.syaf, kongsi la tutorial dr sang suami tu...ke itu leteran..oops.

btw bleh bg praktikaliti logik dan emosi yg akak mention tu x? mcm xfhm sket