Saturday, June 12, 2004

aku tersenyum sendirian. terima kasih ya ukhti kerana mengajar aku teknik jahitan ni. berguna juga tatkala ini.

"ishh kamu ni, setakat nak keluar rumah aje, tak payah lah pakai tudung tu.. bukan ade orang nak tengok pon,"
"ala, tak apalah maa, kan ade kenduri kat belakang tu.. ade aje orang lalu-lalang nanti," ujar ku sambil beredar dari penglihatan ibuku.

tangan ku mencapai pili dan hos air. kuseret ke halaman, melepasi batang pohon kelapa.
subhanallah, cantik sungguh bunga-bunga kertas ini. ibu minat sungguh pada bunga-bunga.
bakat seni ibu dicurahkan pada bunga dan lanskap. kelmarin baru saja dibeli pagar kecil, kata ibu nak menghias sudut kecil di beranda kami. kupicit muncung hos dan ku pancutkan ke arah pasu-pasu. ah, matahari dah menampakkan dirinya. dari titisan-titisan air di udara, ku lihat terbias warna-warna di lingkungan separuh bulat, subhanallah, pembiasan cahaya pada titis air menghasilkan pelangi kecil. ku kira tak cukup tujuh lagi warnanya, mungkin ada, cuma tak terzahir di mata ku.

sekali sekala ku menoleh ke jalan raya. sibuk. mungkin ingin menuju ke tempat kerja. mungkin ada yang ke kebun, atau mungkin ada yang ke kedai membeli roti canai. ah, bagaimana aku nanti bila sudah bekerja? bila sudah ada keluarga? sibukkah aku nanti? aku tersenyum lagi, sudah mula memikirkan masa depan.

"akak, tolong belikan maa sayur bila pakcik mail datang nanti,duitnya di dapur"
"ok, nak beli sayur apa?"
"belilah kangkung atau kancang panjang,"
"berapa kilo?"
"hmm, agak-agak saja,"

aduh, aku lemah sungguh bab agak-mengagak ni. maklumlah, bukan selalu pergi beli sayur. itupon nasib baik aku kenal yang mana kangkung dan yang mana bayam. kusegerakan ke dapur dan ke luar rumah. masih cuba mengingat-ingat warna van sayur pakcik mail. sudah ada van baru kah? dulu aku mentertawakan van pakcik mail, dah terlalu usang. tapi dah banyak berjasa. mungkin itu yang mnyebabkan pakcik mail tak ingin bertukar yang baru. dari jauh ibu menjeling.


No comments: