Tuesday, August 19, 2008

Jalan KITA ke JannahNya…

Ukhti habibati,

Moga ukhti senantiasa berada dalam rahmat Allah walau di mana jua ukhti berada, walau duduk, walau berbaring, walau di kalangan manusia lain mahupon tika berseorangan..

Innamal mukminu na ikhwatun.. kerana ini kita bersaudara dan berukhuwwah, hati-hati yang patuh akan Allah dan rasulNya tidak mungkin meninggalkan walau satu syariatNya.. maka ukhti dan ana sendiri mujahadah dalam melayari bahtera ukhuwwah kita bersama. Mana mungkin hati kita diikat atas pilihan kita sendiri, kerana ukhti sangat lembut orangnya atau kerana ana sendiri comel orangnya J.. Kalla! Tidak sekali-kali! Bahkan Allah lah yang mengikat hati-hati kita..

“And united their hearts; had you spent all that is in the earth, you could not have united their hearts, but Allah united them; surely He is Mighty, Wise.” (Al Anfal:8)

Moga kita sama-sama berusaha memelihara hubungan kita dengan Allah, istiqamah dengan amalan fardhu dan sunat seperti berpuasa, Qiyammulail, bertadarus Al Quran satu juzuk satu hari, mentadabbur Al Quran sekurang-kurangnya 1 ‘ain sehari, menelaah buku fikrah sekurang-kurangnya setengan jam sehari, bermuayashah dengan baik dengan setiap mad’u yang kita temui.

Moga Ukhti bersungguh-sungguh dalam menjayakan Bait Muslim ukhti nanti. Sama ingin ana mengingatkan, bahawa bait muslim itu tidak akan semena-mena menepati ciri bait muslim idaman hanya dengan bersyaratkan kedua pasangan adalah mereka yang ditarbiyyah, bahkan ianya mestilah diusahakan bersama.. melayari bahtera rumah tangga dan beribadah kepada Allah dengan sabar dan saling kuat-menguatkan, seperti satu partnership, kerana pasangan itu adalah pelengkap iman kepada yang seorang lagi. Ambillah contoh Khadijah sebaik contoh isteri dan rumahtangga Rasulullah sebaik qudwah bait muslim..

Moga ukhti mujahadah dalam mentarbiyyah ahli keluarga di sekeliling ukhti kerana mereka lah orang terdekat kita. Peliharalah kedua orang tua ukhti ketika mereka tua, dan janganlah ukhti meninggikan suara walau dengan mengatakan AH, sesungguhnya Allah sangat murka bagi mereka yang tidak tahu mengasihi ibu dan bapanya.

Didik lah mujahid dan mujahidah dakwah ukhti nanti dengan celupan Islam, moga mereka tidak bisa menjalani waktu muda mereka seperti kita yang penuh dengan kekeliruan, Islam yang bercampur-aduk. Didiklah anak-anak di sekeliling ukhti juga kerana turun naik satu bangsa itu bergantung kepada generasi mudanya. Jika telah selesai urusan rumah tangga dan anak-anak ukhti, keluarlah menjadi rajul ammah untuk mendidik anak-anak Ummah pula, kerana mereka amat memerlukan ukhti..

Teguhlah dalam menegakkan syariat Allah, walau apa jua yang menanti ukhti, penjara, APACHE, sekatan makanan dan ekonomi. Ingatlah jari yang diangkat ketika mengucapkan syahadah ini tidak sekali-kali akan tunduk kepada toghut. Infakkan lah segala jiwa, tenaga dan harta fiisabilillah kerana tanpa semua itu tidak akan menyampaikan kita kepada Ustaziyatul Alam yang kita semua dambakan, supaya Deen Allah kembali tamkin di muka bumi. Kita doakan Allah kembalikan bumi ini kepada hambanya yang bertaqwa, sebagaimana janji Allah juga, jika tidak sempat, moga Allah mengurniakan syahid dan moga Allah temukan kita di JannahNya dengan rahmatNya..

Salam wida’, andai tidak bertemu di dunia, moga Allah izinkan kita berjumpa dalam temujanji kita di JannahNya ya ukhti, doakan ana juga
Inni uhibbuki fillah

Friday, August 15, 2008

Duhai Isteri Para Duat

Duhai Isteri Para Duat

Ukhti habibati

Moga senantisa berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah, moga redho zauj mengiringi kembalinya ukhti ke medan dakwah ini. Ana doakan moga ukhti cekal hati, moga perpisahan sementara yang Allah tentukan ini menjadi saham ukhti dan zauj menjejak syurga Allah nanti kerana ia merupakan jual beli ukhti dan zauj dengan Allah, yang mana dakwahlah yang menjadi kayu ukurnya, Allahuakbar moga ana juga dapat menjejaki langkah2 ukhti..

Doa ana moga Allah mengurniakan kesabaran dan ketabahan seperti tabahnya Hajar, tika Allah menentukan Ibrahim AS meninggalkan Hajar dan Ismail di bumi Mekah yang gersang, tanpa air, tanpa makanan, tanpa manusia, hanya Allah. Tika itu hanya pada Allah diletakkan segala pengharapan, perlindungan dan keselamatan, penerusan hayat mahupon segala-galanya. Tarbiyyah itu menguatkan jiwa seorang isteri dan ibu, kerana dari diri itu menjadi asbab timbulnya sinar akidah Allah di bumi gersang itu, dari Ismail AS seterusnya dari keturunan itu lahirnya Muhammad SAW, rasulullah kekasih hati kita. Jiwa Hajar kental, imannya dibasahi kasih sayang Allah dan suami kerana ketaatannya pada Allah.. tempatnya di syurga juga Allah beri atas ketaatannya pada Allah dan suami, walau tidak dapat bersama suami yang tercintanya selalu..

Moga ukhti setaat Hajar, taat pada Allah, rasulNya dan suami, kerana dengan itu kita bakal mengikut jejak langkah Hajar ke syurga. Moga kita saling menguatkan di kala ukhti sedih dan rindu, mohon ukhti di sisi ana juga sekiranya Allah memberi ketentuan yang sama pada ana

Inni uhibbuki fillah

Ya Rafiq Al Darb

Ya Rafq Al Darb

Ukhti habibati,

Moga sentiasa berada dalam rahmat Allah dalam apa jua keadaan, dalam suka atau duka, dalam susah atau senang, dalam sibuk atau lapang, dalam syirrah atau fatrah (nauzubillah), mohon dipanjatkan doa yang sama buat ana. Tanpa ukhti, jalan dakwah ini sunyi dari kehangatan ukhuwwah fillah, dari mujahadah yang berterusan, dari tadhiyyah ‘azizah, dari nafeesatul wafa’, dari jihad yang tinggi. Ukhtilah pembakar semangat di kala diri tenggelam dalam racun dunia yang melemaskan, ukhtilah pengatur membawa segala ketidak aturan kembali kepada matlamat yang assolah. Ukhti pemberi nasihat, di kala yang lain memilih untuk berdiam diri, Ukhti berkorban perasaan menyampaikan kebenaran walau ia pahit dan mungkin ia terpaksa mengorbankan ukhuwwah yang telah lama terbina. Namun Allah jualah yang mempertemukan hati kita, tanassuh ilaAllah itu menjadi penyubur kasih sayang kita. Telah lama kita melalui jalan ini bersama. Jika tiba detik perpisahan, hanya Allah yang maha mengetahui perasaan di jiwa. Teruskan perjuangan ya ukhti, mohon iringi ana dengan doa ukhti, moga ana tsabat di jalanNya, kerana ana tidak mampu berhadapan dengan kenyataan sekiranya di akhirat kelak ana tidak layak untuk bertemu ukhti di jannahNya..

Inni uhibbuki fillah

Zahratul Hamra' buat bakal Ibu :)

Buat Ukhti habibati,

Sekuntum Zahratul Hamra’ buat ukhti, moga ukhti sentiasa berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah, yang memberi kemudahan kepada siapa yang dikehendakiNya dan memberi ujian kepada siapa yang jiwanya qawwi untuk menanggungnya. Moga Zahratul Hamra’ ini jadi penawar buat ukhti.. di kala ukhti letih, di kala ukhti rasa susah, di kala ukhti tidak sihat dan tidak lalu makan, renunglah Zahratul Hamra’ ini.. moga ia mengingatkan ukhti kepada kekuatan bunga2 Islam yang Allah telah janjikan syurga buat mereka..

moga Allah kurniakan ukhti ketabahan Maryam ibu Isa AS, di kala Maryam mengandungkan nabi Allah itu, dia berhadapan dengan fitnah keluarga dan orang ramai yang mempersoalkan kesuciannya, terpaksa beliau melarikan diri dan akhirnya keseorangan melahirkan Isa AS.. namun Allah tidak mensia2kan hambaNya yang merasakan Ma’iyatullah sepanjang masa, Allah wahyukan agar Maryam menggoncang pohon kurma, lalu Allah mudahkan kelahiran nabi Allah itu dari rahim Maryam..

moga Allah kurniakan ukhti kekuatan jiwa Hajar yang tunduk pada wahyu Allah yang mengkehendaki Ibrahim AS meninggalkannya bersama putera tercinta, Ismail AS. Hanya jiwa yang kental itu dapat mempertahankan si putera dari kehausan dan dari jiwa yang kental itulah lahirnya seorang nabi yang mempertahankan akidah membawa rahmat kepada manusia di kala itu..

moga Allah kurniakan ukhti kemuliaan Khadijah RA, yang mengurniakan Rasulullah SAW zuriat.. yang menjadi penyeri hidup, pendokong kuat dakwah Rasulullah SAW, sehinggakan kehilangan saidatina sangat dirasai Rasulullah SAW, dan darinya lahir puteri Fatimah RA yang amat mulia pekerti dan pengorbanannya pada agama Allah dan suami..

Moga Zahratul Hamra’ ini juga menjadi penenang hati ukhti, renunglah keindahannya, moga ia mengingatkan ukhti kepada keindahan syurga yang lebih indah, moga ganjaran syurga Allah menjadi penguat hati ukhti, walau letih, walau mual, walau sedih, walau sakit, Allah bakal ganjari keikhlasan kita mengandungkan mujahid dakwah dengan syurgaNya.. sekiranya seorang Ummi itu syahid ketika melahirkan Allah janjikannya syurga, apatah lagi seorang Ummi yang mengandungkan, melahirkan seterusnya membesarkan anak itu dan akhirnya mewakafkan anak itu ke jalan Allah, pasti syurga Allah itu lebih hampir dengannya.. moga Allah mudahkan hari-hari ukhti yang bakal mendatang, senyum selalu :)

Inni uhibbuki fillah

Monday, July 28, 2008

Atas dasar apa kita memilih?

Assalamualaikum wrh wbt

entry pertama tahun ni :). Aseef jika entry tahun lepas ttg tangga dua, entry kali ini juga ttg tangga yang sama. entah kenapa agak tertarik nak mengulas isu tangga dua, kerana yg tangga satu dah banyak diulas, walau mungkin belum semua yg terlaksana. minta maaf lah kalau tuan punya diri lagaknya seperti arif benar ttg isu ni, sedangkan diri sendiri masih belum menaiki tangga. tapi xpelah kerana penulis 'kupinang dikau dgn hamdallah' juga menulis buku tuh sebelum beliau sendiri berumah tangga.

masih di sekitar isu pilihan pasangan, pada ana neraca pilihan sangat penting. seperti kata seorang daie, ia persoalan antara syurga dan neraka. bagi yang jelas matlamat bait muslim, mujahadah dan pengorbanan perasaan agak tinggi, selalunya x kisah sangat paras rupa, asal matlamat sama, dirasakan serasi, keluarga setuju, berazam utk jayakan baitul muslim. tapi pada sesetengah ikh/akhawat, agak kompleks juga. kadang2 ada yang memilih, sedangkan kita memandang ada akhawat contohnya yg lebih stabil tarbiyyah dan amalnya, yg lebih membutuhkan perkahwinan, mungkin atas dasar usia yg terkedepan sedikit atau mmg telah lama bersedia dan menunggu.

dr pihak akhawat ana sendiri mengharapkan rijal2 yang bersedia utk menerima akhawat yg amat tinggi nilainya di sisi Allah dan dakwahNya. mungkin kurang sikit rupanya, tapi selama ana mengenali akhawat x pernah lagi ana jumpa yg buruk akhlaknya. mari kita sama-sama renungkan agaknya kecantikan itu yg akan menjadi qurratul ain atau akhlaknya? cantik itu akhirnya akan hilang dimamah usia, tp akhlak itu yang boleh bantu ikh/akhawat menempati sebuah rumah di syurga yg tertinggi.. besarkan bezanya? apa lagi yg ditunggu2kan agaknya..

ana amat memahami persoalan jodoh di tangan Allah, tapi perlu diperbetulkan niat masing2, atas dasar apa kita memilih, jika dasar fizikal mengatasi dakwah, x mungkin suatu hari nnt dasar itu yg akan menghinakan kita.. tapi jika atas dasar dakwah, segala dasar fizikal, faktor usia, faktor negeri, masing2 akan jadi sekecil zarah, kerana kita lebih mengejar kesempurnaan iman yg secara teorinya dapat bantu kita utk lebih cemerlang dalam dakwah.

dalam soal membuat keputusan, jgn terlalu cepat menolak, ana sendiri ambil masa hampir 3 bulan utk buat keputusan. istisyarahkan dgn mereka yg thiqah, istikharahkan sebulat perasaan, pohon moga Allah tentukan yg terbaik utk dakwah, bukan hanya utk hati kita sahaja, tekadkan niat atas dasar apa kita memilih sebenarnya.. proses ini sangat penting, kerana siapa yg dipilih menentukan bagaimana rijal2 pewaris di masa hadapan.. tepuk dada tanyalah iman

wallahu'alam

Tuesday, December 04, 2007

Maratib Amal Tangga Dua

"..dan wanita2 yang baik adalah untuk laki2 yang baik, dan laki2 yang baik adalah untuk wanita2 yang baik pula.." (AnNur:26)

Alhamdulillah, cuti kali ini penuh dengan walimah, moga Allah memberkati pasangan bait2 muslim itu nanti. Ana juga sibuk, bila memikirkan anak2 yang perlu difikirkan masa depan mereka. Sayang nak dilepaskan anak2 yang telah terbentuk fikrahnya, yang telah ditarbiyyah selama 3/4 tahun. Anak2 ini tinggi zatiyah dan kefahamannya, walau kurang dr segi rupa dan mungkin telah lanjut usia nya. Namun ana yakin Allah itu maha adil, tidak pernah Dia melupakan hakNya pada hamba-hambaNya, lebih2 lagi kepada hamba-hambaNya yang taat. Moga lebih ramai mujahid2 yang bisa mengutamakan ketinggian taqwa dan kesempurnaan akhirat yg hakiki ke atas keindahan dunia yg sementara (ciri2 yg diutamakan pada bakal pasangannya). Semoga mereka yg telah bisa mujahadah dgn ini akan lebih mudah untuk melakukan jihad2 yang lebih besar, wallahu'alam..

Hadis Rasulullah SAW seumpamanya berbunyi..
"Wanita itu dinikahi kerana 4 perkara, hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah wanita yang mempunyai agama, nescaya kamu akan berbahagia"

Tuesday, November 06, 2007

Big at Heart

"..Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui," (Al Baqarah: 216)
Ya akhawati,
Dalam perjalananmu menuju kedewasaan ini, berusahalah untuk memupuk hati dan perasaan sejajar dengan kedewasaanmu. Jadilah seorang muslimah yang tidak mudah gugah emosinya walau fitrah kaum hawa itu disulami segala bentuk perasaan. Moga keimanan mu membentuk perasaan mu yang sentiasa dihalusi kasih dan sayang, hati yang berinteraksi dengan hati-hati di sekelilingmu.. (moga kita lebih sensitif ya ;).. Ya Allah penuhkanlah piala hati2 kami dengan ma'rifatMU, agar tidak kami isinya dengan perkara2 yang tidak selayaknya..
"Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan ni'mat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hati-hatimu, lalu menjadilah kamu kerana ni'mat Allah orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk," (Ali 'Imran: 103)

Wednesday, October 31, 2007

Ketika Diuji

"(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. INGATLAH, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram. Orang-orang yang beriman dan beramal soleh, bagi mereka kebahagiaan dan tempat kembali yang baik," (Ar Ra'd: 28-29)
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan, "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji lagi?" (Al 'Ankabut: 2)

Dalam menjalani kehidupan sebagai 'abidullah, Allah telah menetapkan syarat untuk mendapatkan keimanan tidak lain melainkan dgn seseorang itu diuji. Wallahu'alam tiada siapa yang mengetahui hikmah janji Allah itu, namun tiada siapa dapat menyangkal, bagi mereka yang dapat menghadapi ujian itu dengan baik mahu pon dengan penuh keperitan, Allah menjanjikan tarbiyyah yang berharga di sebalik setiap ujian tersebut. Di waktu duka, ingatlah yang Allah juga berjanji,

"Fainna ma'al 'usri yusro, inna ma'al 'usri yusro,"
"Kerana sesungguhnya sedudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan," (Al Insyiroh: 5-6)

iAllah, mungkin Allah hanya minta kita untuk bersabar sedikit sahaja lagi, dan ingatlah, mohonlah pertolongan dariNya dengan sabar dan solat kerana hanya dariNya kita memperoleh kekuatan hakiki, dan dariNya lah segala-galaNya, hati kita, hati akhawat, hati mad'u, hati parents di tanganNya.. tiada yang lebih layak utk kita mohon pertolongan selainNya

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu'," (Al Baqarah: 45)

***

Ana teringat sewaktu ana berziarah ke rumah seorang akhawat, anaknya merengek berkehendakkan sesuatu. Nasihat akhawat itu kpd anak itu amat simple, tapi ana rasa sangat tinggi nilai tarbiyyahnya. "Sabar anakku, jika sabar kamu akan dapat apa yang kamu mahu," Kata-kata ini buat ana terkesima. Kerana ianya nasihat kepada si anak kecil yang ana x pasti ia mengerti atau tidak. Tapi itulah sebahagian dari tarbiyatul aulad ana jangka. Mengajar anak sedari kecil dengan akhlak Islami yang berpandukan Al Quran dan As Sunnah.

Pada hari itu, bukan setakat anak itu, bahkan ana sendiri telah belajar sesuatu tentang sabar. Kata-kata itu buat ana berfikir. Mungkin inilah dia apa yang Allah katakan, "Fasobrun Jameel," SAbar itu indah. Jika apa yang kita mahu itu baik untuk kita, dengan bersabar, Allah akan kurniakannya, mendapat sesuatu yang diingini setelah puas menanti pastinya terasa kemanisan. Dan sekiranya apa yang kita mahu itu tidak baik untuk kita, dengan sabar, dengan berlalunya waktu, mungkin Allah akan akan mendorongkan hati kita kepada sesuatu yang lebih baik/afdhal atau pon mengelakkan kita dari sebarang mudhorat ;). Wallahu'alam

Saturday, October 20, 2007

Mujahadah

Semalam QC terakhir dgn AF.. sedih pula, lepas ni kami akan sama2 mujahadah menghadapi imtihan dan menyudahkan modul sebelum bercuti.. benarlah hadis Rasulullah, " sekiranya seorang itu memperoleh kefahaman Islam melalui kamu, maka ia lebih baik dr seisi dunia," .. Mereka menjadi sumber kebahagiaan ana.. walau ada jatuh naik nya semangat mereka dalam istiqamah dengan Islam.. kelakar betul, ana rasa ana cepat kecewa bila ana nampak mereka belum syumul dan sempurna dalam memenuhi tuntuan syara', especially dari segi akhlaknya.. kerana ia somehow menggambarkan ana gagal membentuk fikrah dan iman mereka dengan baik huhu.. tapi ana bersyukur dengan perasaan tersebut, kerana ia membuatkan ana memuhasabah mujahadah ana dlm menjaga hubungan ana dgn Allah, mahupon mujahadah dlm pentarbiyyahan diri ana sendiri.. wallahu'alam

bersyukur sentiasa ada akhawat yg memberi teguran, dorongan dan tunjuk ajar
jazakunullah hu khoir :)

Saturday, August 04, 2007

menghormati wanita

salah seorang anak murid ana, membukakan pintu untuk ana. anak murid lelaki, sebangsa dan seagama dengan ana. ana memberi isyarat menyuruhnya keluar dahulu. tapi dia insist supaya ana yang keluar dahulu, sambil dia memegangkan pintu.

senario yg baru ana lalui ini adalah satu senario yang common dalam budaya masyarakat kini. mendahulukan wanita ketika keluar, ketika menaiki kenderaan awam dan sebagainya. gentleman gitu, bak kata orang muda. ana berterima kasih atas hormat yang ditunjukkan oleh anak murid ana tadi khususnya, dan masyarakat umum amnya.

tapi jauh di sudut hati ana, ana bangga dengan apa yang diajarkan oleh Islam ttg hormat kpd kaum wanita. secara nalurinya, gentleman pada ana adalah apabila seorang lelaki itu menundukkan pandangan nya, tidak menegur ana bila berselisih melainkan bila ada keperluan, menggunakan perantaraan bila berkomunikasi, dan menegur kesalahan kaum hawa dengan penuh hikmah. Indahnya Islam bila setiap yang ditentukanNya, bila dilaksanakan melahirkan kebahgiaan di jiwa.. alhamdulillah, Allahu Akbar!

kembali lagi..?

dah berapa kali kembali dah ni, hehe.. alhamdulillah Allah izinkan ana untuk menulis semula. kelakar pulak bila tengok entry2 lama tuh, citernye x siap2. iAllah, rasa nak menulis tuh datang semula, moga jadi wadah yg membawa manfaat utk semua, iAllah.

Monday, May 29, 2006

Kembali..

alhamdulillah.. kini aku telah kembali ingin menulis.. setelah berhenti seketika.. henti yg bukan bermakna henti yg abadi.. tetapi hanya mengambil sekelumit masa utk duduk sejenak n beriman.. henti seketika untuk mengenal kembali hakikat penciptaan diri.. memperbetulkan niat, seterusnya ingin bergerak atas landasan yg suci ini.. moga ALlah mengizinkan untuk terus ku memelihara kesucian ini, n jika belum telus suci, moga Allah menunjukkan ku jalan itu.. inshaAllah..

Monday, June 21, 2004

tangan ku pantas bergerak di atas keyboard. menunggu kiranya ada khabar dari sahabat-sahabat yang lain. pasti masing-masing sedang berbahagia di samping keluarga tercinta. maklum sahajalah, sekian lama di perantauan mengajar aku erti rindu. itulah hakikat kita sebagai manusia, bila sesuatu ada pada kita, jarang disyukuri. bila ia tiada, baru terasa kehilangan. moga aku lebih menghargai nikmat kebahagiaan bersama keluarga, semoga Allah memberkati keluarga kami.

11 (inbox)
wah, hatiku girang.

Sunday, June 13, 2004

ayah tenang di ruang tamu. sehelai demi sehelai bidang surat khabar itu diselaknya. entah apa pula berita hari ini. semalam rakyat negara ini digemparkan kisah seorang budak perempuan dirogol, baru sepuluh tahun usianya. tragis sungguh. manusia kini bertopengkan binatang. entah apa yang difikirnya, mungkin juga bahana najis yang disedutnya, najis dadah. mulanya memakan diri sendiri, lambat laun orang sekeliling juga menjadi mangsa. astaghfirullah. hidup sudah kegersangan nilai. nilai islami juga turut diperlekeh, sedangkan itu lah cara hidup. cara hidup yang selamat, bila Allah yang mengajarkannya. tapi manusia hari ini buta, buta hati. tak mampu atau saja buat-buat tak nampak pada kebenaran. sesungguhnya yang hak itu tetap hak, yang batil itu tetap batil, yang halal itu tetap halal, yang haram itu tetap haram. tiada yang di perantaraan. cuma kekadang manusia ini sengaja mencari-cari alasan membolehkan yang tidak untuk kepentingan sendiri.

seperti kisah Al Quran mengenai kaum bani israel di sebuah perkampungan di tepi laut (al-a'raaf:163). kaum bani israel telah meminta pada Allah satu hari kelepasan umum, iaitu cuti dr bekerja untuk beribadah kepada Allah. lalu Allah berikan hari sabtu. namun Allah ingin duga kaum ini. kaum yg ingin membawa kalimah Allah mesti teguh melawan al hawa. lebih-lebih lagi mereka baru pulih dari rasa rendah diri ditindas firaun laknatullah. lalu Allah timbulkan ikan2 di laut pada hari sabtu, tidak pada hari lain. maka bergoncanglah iman masing2. ternyata ada yang tewas. dalam memenuhi tuntutan al hawa, lahir tipu helah. ikan-ikan itu dikepung dengan sekatan-sekatan. kemudian pada hari ahad mereka menangkap ikan-ikan itu, sedangkan mereka mengatakan mereka tidak melanggar perintah Allah. bijak, bijak dalam kelemasan nafsu. di edit dari tafsir fil zilalil Quran terjemahan Sayd Qutb

maka ketahuilah Allah itu maha mengetahui apa yang terbaik untuk makhlukNya.

Saturday, June 12, 2004

aku tersenyum sendirian. terima kasih ya ukhti kerana mengajar aku teknik jahitan ni. berguna juga tatkala ini.

"ishh kamu ni, setakat nak keluar rumah aje, tak payah lah pakai tudung tu.. bukan ade orang nak tengok pon,"
"ala, tak apalah maa, kan ade kenduri kat belakang tu.. ade aje orang lalu-lalang nanti," ujar ku sambil beredar dari penglihatan ibuku.

tangan ku mencapai pili dan hos air. kuseret ke halaman, melepasi batang pohon kelapa.
subhanallah, cantik sungguh bunga-bunga kertas ini. ibu minat sungguh pada bunga-bunga.
bakat seni ibu dicurahkan pada bunga dan lanskap. kelmarin baru saja dibeli pagar kecil, kata ibu nak menghias sudut kecil di beranda kami. kupicit muncung hos dan ku pancutkan ke arah pasu-pasu. ah, matahari dah menampakkan dirinya. dari titisan-titisan air di udara, ku lihat terbias warna-warna di lingkungan separuh bulat, subhanallah, pembiasan cahaya pada titis air menghasilkan pelangi kecil. ku kira tak cukup tujuh lagi warnanya, mungkin ada, cuma tak terzahir di mata ku.

sekali sekala ku menoleh ke jalan raya. sibuk. mungkin ingin menuju ke tempat kerja. mungkin ada yang ke kebun, atau mungkin ada yang ke kedai membeli roti canai. ah, bagaimana aku nanti bila sudah bekerja? bila sudah ada keluarga? sibukkah aku nanti? aku tersenyum lagi, sudah mula memikirkan masa depan.

"akak, tolong belikan maa sayur bila pakcik mail datang nanti,duitnya di dapur"
"ok, nak beli sayur apa?"
"belilah kangkung atau kancang panjang,"
"berapa kilo?"
"hmm, agak-agak saja,"

aduh, aku lemah sungguh bab agak-mengagak ni. maklumlah, bukan selalu pergi beli sayur. itupon nasib baik aku kenal yang mana kangkung dan yang mana bayam. kusegerakan ke dapur dan ke luar rumah. masih cuba mengingat-ingat warna van sayur pakcik mail. sudah ada van baru kah? dulu aku mentertawakan van pakcik mail, dah terlalu usang. tapi dah banyak berjasa. mungkin itu yang mnyebabkan pakcik mail tak ingin bertukar yang baru. dari jauh ibu menjeling.


Friday, June 11, 2004

"pergilah bagi pakcik tu satu pemegang kunci tu, selalu die hantar poskad kamu ke rumah,"
"segan la maa, angah, tolong.." balasku segan. angah menyambut pemegang kunci kanggaroo dari tanganku. laju saja kakinya melangkah ke pintu pagar takut terlepas pakcik posmen tu.
"ishh, itu pon nak segan," tegur maa.

"adik, nampak gunting tak?"
"akak nak buat ape?"
"akak nak jahit tudung ni sikit"
"oo, akak tolong jahitkan tudung sekolah saye boleh?" pinta aishah
"boleh, senang je tuh," balasku sambil tersenyum. lama sungguh aku tak menatap wajah manis aishah, satu-satunye adik perempuan ku.
"tudung yang lain tak mahu dijahit?"
"takpelah kak, jahit tudung sekolah je dulu,terima kasih ye, ni yang sayang lagi kat akak ni"
"amboi, sayang mase nak mintak tolong aje," kucubit pipinye yg merah, aishah lari mengelakku sambil ketawa terkekek.

aku capai jarum dan benang. Biar warna benang yang terang sedikit. lebih cantik bila warnanya timbul dari warna latar tudung. ku belek-belek tudung di dalam laci almari, banyak tapi banyak juge yang jarang dan tak cukup besar. tapi alhamdulillah, masih ade yang boleh ku pakai.