Friday, October 31, 2008

DEDIKASI: Buat adik-adik di bumi Kiwi dan Kangaroo ;)

Assalamualaikum wrh wbt

Moga catatan ini menemui akhawat dalam keadaan iman yang paling cemerlang iAllah. bagaimana tidak kerana ana pasti kebanyakan akhawat sedang bertungkus lumus menghadapi musim imtihan. iAllah mujahadah akhawat semua kita doakan pahalanya menyamai pahala jihad sekiranya kita niatkan itu semua untuk Islam yang kita cintai ini.


iAllah sebagai sedikit hiburan buat akhawat semua, ana paparkan beberapa kisah yang pernah ana sendiri lalui berkait imtihan ;). Sewaktu ana di ting 3, di sebuah sekolah di atas bukit merbah, sebelum exam PMR bermula, mak ayah dan adik2 ana datang berziarah. Seronok betul ana, yelah dapat makan rambutan dan durian dalam keserabutan nak examlah katakan. Seronok punya seronok sekali time buat paper karangan ana keluar dua tiga kali ke tandas. Sah ni sebab makan buah semalam huhu, dua2 panas ke satu sejuk satu panas ke ana pon x pasti. paper ni ana paling x confident sebab ana mengarang dalam keadaan ana x tahu pon apa yg ana tulis huhu. sampai termimpi2 dapat B :(..

kisah kedua sewaktu ana di tingkatan 5, sewaktu ni ana aim sangat2 nak amik Australian ?Matriculation Chemistry QUiz (AMCQ). tahun2 sebelum tuh dok berangan2, tengok senior2 dapat hadiah rasa nak dapat jugak. So time ana form five, memang ana aim nak terpilih hehe, siap dah doa dan buat solat hajat awal2. So lepas je exam mid sem, memang ana telek results kat board, rasa2 cam markah ana antara yang tertinggi, so agak confidentlah time tuh (perasan!). So ana pon tunggulah, bila cikgu announce list peserta dah keluar, maka kami pon gilah cek beramai2.. huhu hampanya ana bila nama ana x tersenarai. Ana balik kelas dah meleleh lah jugak air mata, dengar pulak kawan2 dok sebut, sedih huhu.. malam tu ana ingat ada sessi ceramah kat surau.. ustaz najmi x silap ana bagi ceramah waktu tuh, ana ingat sangat, ustaz cerita tentang doa dan bagaimana Allah kabulkan doa kita. Ustaz kata kalau kita tak dapat apa yang kita minta x semestinya Allah x tunaikan doa kita, mungkin nanti Allah tunaikan kat syurgaNya.. huhu waktu dengar tuh x henti2 air mata ana keluar.. terus ana keluar dan ambil wudu', ana buat solat hajat.. ana pohon pada Allah sangat2, kalaulah ada lagi peluang utk ana moga Allah beri peluang.. dan ana tidak pernah merasakan ana cukup dekat dengan Allah kecuali pada waktu ini..

dan Allah itu maha mendengar rintihan hambaNYa, Dia lebih dekat dari urat merih kepada hamba2Nya. Alhamdulillah dengan izin Allah keesokannya cikgu panggil ana, rupa2nya dalam list yang cikgu keluarkan tuh cikgu tertinggal no 5 :), dan nama yang kelima tuh adalah nama ana Alhamdulillah.. tika itu tak putus2 bibir ana mengucapkan syukur Ya Allah :). Dan hasilnya, hadiah Allah ni menguatkan semangat ana utk belajar dan akhirnya ana dan seorang lagi kawan ana score 39/40 ;). cikgu kata kalau dapat full mark org dr Australia turun bagi sijil kat kami, tapi xpelah, itu pon ana dah cukup syukur :).. (sekarang dah belajar kat australia pon hehe)

satu lagi kisah, aseef bukan nak bangga diri tau, tapi ada perkara penting yang ana nak simpulkan di akhir nanti :), so tunggu ye.. sewaktu ana nak menghadapi peperiksaan SPM, banyak dugaan yang ana hadapi. Ana kene chicken pox waktu trial exam. So ana x sempat nak ambil satu trial exam. paper sejarah cikgu suruh ana buat waktu cuti, tapi for sure ana x buat sebab adik ana ajar kat rumah xleh study hehe (sebab kitorg sume kat asrama so kire balik rumah kire nak releks lah) dan waktu tuh ana x minat sejarah. Bila cikgu minta ana x siap lagi, ana hantar keesokan harinya, dalam keadaan ana baru buat pagi tuh dan akhirnya ana score 66%. terus ana kene fire depan kelas.. sedih betul, mak ana pesan lepas tuh, jangan tipu diri sendiri, memanglah ana x suka sejarah tapi kene jugak study sebab exam dah dekat huhu..

ana sibuk juga waktu form 5, aktiviti koko sampai bulan 7, kemudian baru berhenti utk study SPM. Dalam keadaan emosi nak exam tuh, ana ingat lagi pengetua ana tulis dalam keputusan lagi satu trial yg ana sempat ambil, pengetua yakin yang ana boleh dapat straight A1.. huhu terharu ana ada juga yang positif dengan ana, ana aminkan dalam hati. dan Alhamdulillah ana antara 10 org dari sekolah ana yg berjaya dapat 10A1, Ya Allah ana x pernah sangka, cikgu2 pon terkejut. selama ni results ana average aje, xlah teruk sangat, tapi x lah jugak excellence..

Sorang kawan ana komen, kawan baik yang tahu camne ana study. dia kate, mungkin sebab ana selalu tolong orang maka Allah mudahkan exam ana. huhu entahlah mungkin juga. memang ana x sempat banyak belajar, tapi satu sikap ana, ana x pandai nak menolak jika org minta tolong jawabkan soalan atau kawan2 bertanya ttg apa yg dia tidak faham. dan bila ana reflek semula, sikap tuh banyak bantu ana, in a way ana juga dapat belajar.. wallahu'alam :)

jadi iAllah dari cerita2 ana ni, ana nak kita sama2 hayati beberapa kesimpulan:

1. untuk berjaya kita kena usaha, kene ambil fiqh sebab musabab, sesuatu itu berlaku dengan bersebab. so kejayaan tidak disebabkan oleh benda lain melainkan usaha yang bertepatan dan setimpal. maka kene study ye, kalau ada assignment kene buat dengan perancangan yang teliti, bukan buat di saat2 akhir dengan perancangan yang x seberapa. Kalau exam perlukan kepada perbincangan macam osce atau subjek medic yang susah, maka buatlah discussion, cuba wujudkan suasana bantu membantu. Walaupon kadang kala level of understanding kita berbeza2 yg boleh wujudkan suasana stressful, tapi belajarlah utk give and take, iAllah dimudahkan.

2. The power of Doa.. sangat kuat, maka makin dekat dengan hari exam, kene makin kuat hubungan dengan Allah, kene mohon dengan Allah kerana hidup kita ni Allah yang tentukan, walau kita usaha banyak mana pon, kejayaan hakiki dari Allah . mohon Allah beri kita kefahaman dalam subjek dan dalam Islam moga kita dapat berjaya dunia dan akhirat sekali :)

3. Kadang kala kita x pasti dengan sebab yang mana Allah beri kita kejayaan, mungkin Allah kira semua :), usaha kita, kebaikan yang kita buat, mujahadah kita dalam tunaikan tanggungjawab lain jugak seperti menunaikan turn memasak, basuh baju kat rumah walau pon exam kita semakin dekat. janganlah pula time nak exam kita transform jadi orang lain, x boleh akhawat nak kata sepatah terus kita melenting. yelah tgh stresslah katakan. tak baik kita menyakiti hati akhawat kita sedangkan dia pasti risau melihatkan keadaan kita yang x tentu arah tuh dan mungkin sedang cuba untuk bantu kita dengan bertanya khabar.

4. kadang kala keadaan yang stressful ni buatkan kita rasa nak menyalahkan pihak lain. salah naqeebah lah sebelum ni x bagi kita banyak waktu study, salahkan mas'ulah lah kene bawak usrah so kurang time untuk study dan macam2 lagi. mari kita sama2 reflek, kadang2 kita ni kalau kita tak disibukkan dengan tarbiyyah kita tetap sibuk dengan benda lain. betul ke kalau nak study tu memang kita study? kadang2 memang duduk depan komputer, buku terbuka tapi jari pantas klik sana klik sini. bukan ana nak kata tak perlu ada masa study cuma ana nak tegur sikit sikap suka menyalahkan tu :). kalau iye takde waktu utk study beritahu naqeebah awal2 supaya dia dapat plan. harap akhawat x berkecil hati ye, ana ingatkan diri ana sendiri juga

iAllah akhir kata dari ana Selamat menempuhi peperiksaan/imtihan buat semua akhawat di OZ, NZ atau di mana juga antunna berada. jadilah kita pedagang niat, niatkan mujahadah antunna menghadapi peperiksaan ini utk Islam juga, katalah Allah ambil nyawa kita dalam musim2 ni, moga Allah boleh consider utk kurniakan syahid juga untuk kita ;), wallahu'alam

salam sayang buat semua
minta tolong doakan ana juga ye, walau ana dah takde exam atas kertas, tapi exam utk akhirat tak habis lagi ;)