Tuesday, August 19, 2008

Jalan KITA ke JannahNya…

Ukhti habibati,

Moga ukhti senantiasa berada dalam rahmat Allah walau di mana jua ukhti berada, walau duduk, walau berbaring, walau di kalangan manusia lain mahupon tika berseorangan..

Innamal mukminu na ikhwatun.. kerana ini kita bersaudara dan berukhuwwah, hati-hati yang patuh akan Allah dan rasulNya tidak mungkin meninggalkan walau satu syariatNya.. maka ukhti dan ana sendiri mujahadah dalam melayari bahtera ukhuwwah kita bersama. Mana mungkin hati kita diikat atas pilihan kita sendiri, kerana ukhti sangat lembut orangnya atau kerana ana sendiri comel orangnya J.. Kalla! Tidak sekali-kali! Bahkan Allah lah yang mengikat hati-hati kita..

“And united their hearts; had you spent all that is in the earth, you could not have united their hearts, but Allah united them; surely He is Mighty, Wise.” (Al Anfal:8)

Moga kita sama-sama berusaha memelihara hubungan kita dengan Allah, istiqamah dengan amalan fardhu dan sunat seperti berpuasa, Qiyammulail, bertadarus Al Quran satu juzuk satu hari, mentadabbur Al Quran sekurang-kurangnya 1 ‘ain sehari, menelaah buku fikrah sekurang-kurangnya setengan jam sehari, bermuayashah dengan baik dengan setiap mad’u yang kita temui.

Moga Ukhti bersungguh-sungguh dalam menjayakan Bait Muslim ukhti nanti. Sama ingin ana mengingatkan, bahawa bait muslim itu tidak akan semena-mena menepati ciri bait muslim idaman hanya dengan bersyaratkan kedua pasangan adalah mereka yang ditarbiyyah, bahkan ianya mestilah diusahakan bersama.. melayari bahtera rumah tangga dan beribadah kepada Allah dengan sabar dan saling kuat-menguatkan, seperti satu partnership, kerana pasangan itu adalah pelengkap iman kepada yang seorang lagi. Ambillah contoh Khadijah sebaik contoh isteri dan rumahtangga Rasulullah sebaik qudwah bait muslim..

Moga ukhti mujahadah dalam mentarbiyyah ahli keluarga di sekeliling ukhti kerana mereka lah orang terdekat kita. Peliharalah kedua orang tua ukhti ketika mereka tua, dan janganlah ukhti meninggikan suara walau dengan mengatakan AH, sesungguhnya Allah sangat murka bagi mereka yang tidak tahu mengasihi ibu dan bapanya.

Didik lah mujahid dan mujahidah dakwah ukhti nanti dengan celupan Islam, moga mereka tidak bisa menjalani waktu muda mereka seperti kita yang penuh dengan kekeliruan, Islam yang bercampur-aduk. Didiklah anak-anak di sekeliling ukhti juga kerana turun naik satu bangsa itu bergantung kepada generasi mudanya. Jika telah selesai urusan rumah tangga dan anak-anak ukhti, keluarlah menjadi rajul ammah untuk mendidik anak-anak Ummah pula, kerana mereka amat memerlukan ukhti..

Teguhlah dalam menegakkan syariat Allah, walau apa jua yang menanti ukhti, penjara, APACHE, sekatan makanan dan ekonomi. Ingatlah jari yang diangkat ketika mengucapkan syahadah ini tidak sekali-kali akan tunduk kepada toghut. Infakkan lah segala jiwa, tenaga dan harta fiisabilillah kerana tanpa semua itu tidak akan menyampaikan kita kepada Ustaziyatul Alam yang kita semua dambakan, supaya Deen Allah kembali tamkin di muka bumi. Kita doakan Allah kembalikan bumi ini kepada hambanya yang bertaqwa, sebagaimana janji Allah juga, jika tidak sempat, moga Allah mengurniakan syahid dan moga Allah temukan kita di JannahNya dengan rahmatNya..

Salam wida’, andai tidak bertemu di dunia, moga Allah izinkan kita berjumpa dalam temujanji kita di JannahNya ya ukhti, doakan ana juga
Inni uhibbuki fillah

Friday, August 15, 2008

Duhai Isteri Para Duat

Duhai Isteri Para Duat

Ukhti habibati

Moga senantisa berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah, moga redho zauj mengiringi kembalinya ukhti ke medan dakwah ini. Ana doakan moga ukhti cekal hati, moga perpisahan sementara yang Allah tentukan ini menjadi saham ukhti dan zauj menjejak syurga Allah nanti kerana ia merupakan jual beli ukhti dan zauj dengan Allah, yang mana dakwahlah yang menjadi kayu ukurnya, Allahuakbar moga ana juga dapat menjejaki langkah2 ukhti..

Doa ana moga Allah mengurniakan kesabaran dan ketabahan seperti tabahnya Hajar, tika Allah menentukan Ibrahim AS meninggalkan Hajar dan Ismail di bumi Mekah yang gersang, tanpa air, tanpa makanan, tanpa manusia, hanya Allah. Tika itu hanya pada Allah diletakkan segala pengharapan, perlindungan dan keselamatan, penerusan hayat mahupon segala-galanya. Tarbiyyah itu menguatkan jiwa seorang isteri dan ibu, kerana dari diri itu menjadi asbab timbulnya sinar akidah Allah di bumi gersang itu, dari Ismail AS seterusnya dari keturunan itu lahirnya Muhammad SAW, rasulullah kekasih hati kita. Jiwa Hajar kental, imannya dibasahi kasih sayang Allah dan suami kerana ketaatannya pada Allah.. tempatnya di syurga juga Allah beri atas ketaatannya pada Allah dan suami, walau tidak dapat bersama suami yang tercintanya selalu..

Moga ukhti setaat Hajar, taat pada Allah, rasulNya dan suami, kerana dengan itu kita bakal mengikut jejak langkah Hajar ke syurga. Moga kita saling menguatkan di kala ukhti sedih dan rindu, mohon ukhti di sisi ana juga sekiranya Allah memberi ketentuan yang sama pada ana

Inni uhibbuki fillah

Ya Rafiq Al Darb

Ya Rafq Al Darb

Ukhti habibati,

Moga sentiasa berada dalam rahmat Allah dalam apa jua keadaan, dalam suka atau duka, dalam susah atau senang, dalam sibuk atau lapang, dalam syirrah atau fatrah (nauzubillah), mohon dipanjatkan doa yang sama buat ana. Tanpa ukhti, jalan dakwah ini sunyi dari kehangatan ukhuwwah fillah, dari mujahadah yang berterusan, dari tadhiyyah ‘azizah, dari nafeesatul wafa’, dari jihad yang tinggi. Ukhtilah pembakar semangat di kala diri tenggelam dalam racun dunia yang melemaskan, ukhtilah pengatur membawa segala ketidak aturan kembali kepada matlamat yang assolah. Ukhti pemberi nasihat, di kala yang lain memilih untuk berdiam diri, Ukhti berkorban perasaan menyampaikan kebenaran walau ia pahit dan mungkin ia terpaksa mengorbankan ukhuwwah yang telah lama terbina. Namun Allah jualah yang mempertemukan hati kita, tanassuh ilaAllah itu menjadi penyubur kasih sayang kita. Telah lama kita melalui jalan ini bersama. Jika tiba detik perpisahan, hanya Allah yang maha mengetahui perasaan di jiwa. Teruskan perjuangan ya ukhti, mohon iringi ana dengan doa ukhti, moga ana tsabat di jalanNya, kerana ana tidak mampu berhadapan dengan kenyataan sekiranya di akhirat kelak ana tidak layak untuk bertemu ukhti di jannahNya..

Inni uhibbuki fillah

Zahratul Hamra' buat bakal Ibu :)

Buat Ukhti habibati,

Sekuntum Zahratul Hamra’ buat ukhti, moga ukhti sentiasa berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah, yang memberi kemudahan kepada siapa yang dikehendakiNya dan memberi ujian kepada siapa yang jiwanya qawwi untuk menanggungnya. Moga Zahratul Hamra’ ini jadi penawar buat ukhti.. di kala ukhti letih, di kala ukhti rasa susah, di kala ukhti tidak sihat dan tidak lalu makan, renunglah Zahratul Hamra’ ini.. moga ia mengingatkan ukhti kepada kekuatan bunga2 Islam yang Allah telah janjikan syurga buat mereka..

moga Allah kurniakan ukhti ketabahan Maryam ibu Isa AS, di kala Maryam mengandungkan nabi Allah itu, dia berhadapan dengan fitnah keluarga dan orang ramai yang mempersoalkan kesuciannya, terpaksa beliau melarikan diri dan akhirnya keseorangan melahirkan Isa AS.. namun Allah tidak mensia2kan hambaNya yang merasakan Ma’iyatullah sepanjang masa, Allah wahyukan agar Maryam menggoncang pohon kurma, lalu Allah mudahkan kelahiran nabi Allah itu dari rahim Maryam..

moga Allah kurniakan ukhti kekuatan jiwa Hajar yang tunduk pada wahyu Allah yang mengkehendaki Ibrahim AS meninggalkannya bersama putera tercinta, Ismail AS. Hanya jiwa yang kental itu dapat mempertahankan si putera dari kehausan dan dari jiwa yang kental itulah lahirnya seorang nabi yang mempertahankan akidah membawa rahmat kepada manusia di kala itu..

moga Allah kurniakan ukhti kemuliaan Khadijah RA, yang mengurniakan Rasulullah SAW zuriat.. yang menjadi penyeri hidup, pendokong kuat dakwah Rasulullah SAW, sehinggakan kehilangan saidatina sangat dirasai Rasulullah SAW, dan darinya lahir puteri Fatimah RA yang amat mulia pekerti dan pengorbanannya pada agama Allah dan suami..

Moga Zahratul Hamra’ ini juga menjadi penenang hati ukhti, renunglah keindahannya, moga ia mengingatkan ukhti kepada keindahan syurga yang lebih indah, moga ganjaran syurga Allah menjadi penguat hati ukhti, walau letih, walau mual, walau sedih, walau sakit, Allah bakal ganjari keikhlasan kita mengandungkan mujahid dakwah dengan syurgaNya.. sekiranya seorang Ummi itu syahid ketika melahirkan Allah janjikannya syurga, apatah lagi seorang Ummi yang mengandungkan, melahirkan seterusnya membesarkan anak itu dan akhirnya mewakafkan anak itu ke jalan Allah, pasti syurga Allah itu lebih hampir dengannya.. moga Allah mudahkan hari-hari ukhti yang bakal mendatang, senyum selalu :)

Inni uhibbuki fillah